Posts

Showing posts from 2015

hati-hati, hati

'if becoming  " religious " has made you more judgemental, rude, harsh , a backbiter, you need to check if you are worshiping God or your ego.' Sama samalah muhasabah diri...

Alhamdulillah

Syukur kepada Allah, aku dapat kerja juga akhirnya.. Walaupun bukan dalam bidang aku,, janji aku bakal menamatkan zaman pengangguran aku..  Aku akan mula bekerja pada hari Isnin, 28 Disember 2015 sebagai admin account assistant.. Syarikat Inno Wangsa Oils and Fats Sdn Bhd pada ketika ni sangat memerlukan pekerja kerana mereka baru buka satu lagi kilang baru di Tanjung Langsat. Kalau ikutkan aku, aku nak position lab assistant. Tetapi Puan Halen, yang interview aku kata, position account tu lagi sangat memerlukan orang.. Dia kata, cuba dulu kerja pejabat, nanti lama-lama kalau rasa nak tukar di bahagian lab, baru beritahu beliau. Kerana bahagian lab, mostly prefer chemistry engineering punya background.. Takpe lah.. Cuba dulu bahagian accounts ni. Key in data semua bagai.. InshaAllah, satu lagi ilmu baru yang akan aku perolehi dan aku akan cubalah yang terbaik. Janji rezeki halal, bulan2 masuk, parents aku happy... Itu lagi penting...! Aku ingat nak tulis cerita ni dalam diary ...

kawan ku sudah kahwin?

Hai lah kawan, korang ni kalau sudah kahwin, boleh tak war-warkan kepada umum? Walaupun cuma majlis kecil-kecilan sahaja, bagilah tahu umum yang korang dah nikah, dah halal, dah sah. Cara korang yang dah nikah tapi tak bagi tahu umum ni, boleh membawa kepada fitnah tau.. Nak nak orang macam aku yang jenis berprasangka prasangka ni. Aku tahu prasangka prasangka ni semua tak baik tapi kalau dah gaya korang gitu, budak kecil tengok pun cakap, "eh, haram.. ". Post gambar sweet sweet, orang comment bagai semua, ayat macam tak puas hati, last2 baru nak cakap, "eh, aku dah nikah lah.." Kalau timbul manusia lain cakap, "bila? Mana sijil nikah? Mana gambar nikah?" Kan kecoh tu, huru hara jadinya. Problem lar korang ni.. Sebab tu nabi cakap, kalau dah nikah, war-warkan, beritahu umum supaya tidak mengundang fitnah.. Tak nak jemput pun takpe, sekurang-kurangnya bagitahu. Kawan yang tak dijemput pula, tak usah lah kecil hati, kita tak tahu budget orang, susah senang ...

temani aku selalu

Bila mana kau membiarkan aku sendirian, Sebenarnya, kau bukanlah yang sering bermain di fikiran, Tapi, Dia... Dia, manusia yang sepatutnya aku lupakan. Kesepian yang kau berikan, Mewujudkan kembali rindu yang tak pernah kesampaian. Jadi, ikatlah aku dengan cinta dan perhatian.
wherever you are, whenever you say you are happy, I would say, Congratulations...

coretan mati

Coretan mati, Tiada siapa yang menghargai, Dibiarkan sepi, Tiada siapa yang peduli. Coretan mati, Hanya hati hati luka yang bisa mengerti, Diam sambil menghayati, Bait bait yang mungkin bisa memujuk hati. Coretan mati, Hilang semua puisi, Tiada ganti, Seperti hati hati yang pernah dinodai. Coretan mati, Untuk sang pemilik hati yang abadi, Biarkan coretan mati, Belayar di sanubari, Mengalunkan irama melodi, Yang mungkin bisa membuai mimpi. Biarkanlah coretan mati...
Selama tiga hari aku pergi, Mencari tenang yang aku ingini, Semakin jauh aku berlari, Semakin dalam perasan ini, Seperti tiada siapa dapat menghuni kecuali, Engkau yang sering ku rindui, Engkau yang sering ku ingati, Dan engkau yang dulu sering mengisi kekosongan diri ini. Sepi, Aku biarkan menyepi untuk sekian kali, Pasti kau rasa dipinggiri, Aku cuba kuatkan hati untuk tidak memanjai rasa ini, Namun, Ah, payah sekali... Engkau memang satu-satunya yang ku nanti-nanti...
hati, berhati-hati, jangan lagi melukai, sabar dan biar doa mengiringi, cinta sejati yang kau miliki dan yang sering kau sembunyi, menanti yang tak pasti memang menyakitkan hati dan kau bisa mati, maka, terimalah yang sering di sisi, terimalah yang sering mencintai, terimalah yang ikhlas menerima diri ini, jangan sampai melukakan kedua-duanya sekali. jadi, hargai.

bodoh gila rasa

Bodoh gila rasa, Kalau aku tahu bukan dia orangnya, Akan curi masa hanya untuk kita berdua, Akan ku tanya hati yang sering kau rahsia. Bodoh gila rasa, Kalau aku tahu kita ini sebenarnya saling mencinta, Tak kan aku hairan dengan segala gosip yang ada, Tak kan ku dengar kata-kata dusta. Bodoh gila rasa, Kita usaha pada perkara yang tak nyata, Kita sering bermain dengan rasa, Tapi hanya ilusi dan maya. Bagaimana akhir kita? Aku gila, kau ketawa. Kau merana, aku suka. Itu gila...

benci atau cinta

Kau sering bertanya,, Atau menyatakan,, Yang mempengaruhi, ialah cinta atau benci.. Jawapan aku: Mana ketika aku menyatakan benci, Percayalah, Itu cuma rasa cemburu yang menutupi segala rasa cinta.

c.i.n.t.a

Cinta, Terasa jijik untuk aku menyebutnya, Setelah ku kenal apa itu cinta, Tetapi tidak memilikinya. Cinta, Perasan yang sering manusia perkata. Cinta kepada Yang Esa, Cinta kepada Ibu bapa, Cinta kepada keluarga, Cinta kepada saudara, Cinta kepada agama, budaya dan bangsa, Cinta kepada negara. Cinta... Rasa yang lebih hebat daripada segala rasa yang ada, Lebih daripada rasa sayang dan tiada kata kata sesuai untuk mengungkapkan cinta. Cinta pertama kepada Yang Esa, Aku mencari makna, Sehingga akhir usia. Cinta pertama kepada seorang manusia, Berlainan jantina, Aku putus asa. Aku terlalu letih dengan segala sandiwara, Aku terlalu letih dengan segala yang pura pura, Aku terlalu letih dengan segala ego di jiwa, Dan, aku lebih letih dengan kehidupan dunia. -Seketika terlekang dek masa- Cinta... Terasa jijik untuk aku terus mengungkapkannya.

Nafas Baru

Berikan aku nafas baru, Dan hati baru, Untuk hidup yang baru. Sesaknya udara yang ku hidu...

I'm sorry

I, the one who forget about us. You can blame me if you want, You can push me away, far from you if you need, You can ignore me how long as you wish. I, the one who that deserve to be punished, We are far already, Just add some more barrier between of us, If you think it is necessary, To keep the distance between of us, Do it. I will not complain either, regret.

Tulis, Karya

Scrolling FB, then, terbaca pula status seorang kawan ni. Kenalan ni banyak kali juga memberikan inspirasi untuk menulis. Status dia: 'Tulis yang baik-baik walaupun kita bukan yang orang yang terbaik. Mana  tahu satu hari nanti anak-anak kita akan scroll balik Facebook, Twitter kita' Setiap perkataan yang tertulis memberikan makna kepada setiap pembaca. Karya lapok mana sekalipun, pasti akan ada yang membacanya. Pengalaman sebagai pustawan, aku tidak menafikan buku-buku karya lama lebih mudah menyentuh hati dan mudah untuk dihayati. Kebanyakan penulis-penulis dulu menulis dengan hati nurani, ikhlas. Aku tidak kata penulis-penulis sekarang tidak menulis dengan ikhlas atau mengharap duit/ populariti semata, tapi jarang sekali untuk menemui buku yang ditulis dengan hati, kebanyakan ditulis dengan bayangan syok sendiri, menjadikan jalan cerita kurang kualiti.. opps! maaf. Aku ni komen lebih-lebih, cuba laa create satu cerita!? Aigoo.. Dulu aku banyak buku untuk menulis...

HGTV

Image
Sejak mak aku join sekali tengok HGTV, asyik buka channel tu je. Aku yang mempunyai impian besar nak beli rumah idaman aku sendiri, jadi stress pula. Mana tak nya, giler lawa-lawa siot rumah diaorang renovate, decorate.. Pelbagai style rumah ada tau,,  Mediterranean house la, Mexico Door Home la.. oh my... stress aku... Kalau duit turun dari langit sonang yo, memang den lo orang pertamo poryi beli sano.. Going crazy looking the beautiful houses... My dream house... Hhmmm... If I have my own house, the very important part will be the kitchen. I do like cooking even I can't cook well. But, I love to learn it. So, my kitchen will be like... I guess the cabinet quite high, so I need someone tall to help me I have a pictures folder, all about house. In kitchen photo folder, there have 12 pictures. But, I like this one in most. Next part will be living room. The space to relax with family members. Hard to select living room picture. I guess I need l...

Ladies Code - I'm Fine Thank You [Eng Sub]

Image
ohh... macam ni... :P

Bubbles

Image
Aku sentiasa berharap kau akan gembira dengan cara kau, Bersyukur dengan segala apa yang kau ada, Tidak merungut pada apa yang kau tiada, Tidak menyesal pada sesuatu yang kau rasa itu perlu, Dan aku pula mula terasa nak padam segala perasaan, rasa yang ada terhadap kau, Mencari sesuatu yang baru. I leave it through bubbles; Flying high, Nearly reach the sky, Fade and die.

Merdeka 58

Hari Merdeka, Hari melahirkan rasa cinta kepada negara, Sehati sejiwa, Tapi sejauh mana? Cukup merdekakah Malaysia? Cukup bahagiakah rakyatnya? Cukup berdedikasikah pemimpinnya? Pada 58 tahun yang lalu, Walau bukan zaman kelahiran aku, Tapi suka untuk aku mendengar sejarah lalu, Cuba merasai keperitan yang mereka alami, Semangat ingin bebas daripada terus dijajahi, Cuba juga merasai kegembiraan yang mereka perolehi, Rasa gembira dan syukur ke hadrat Ilahi,  Saat menanti laungan "merdeka" oleh pemimpin yang disegani, Dengan segala jasa dan bakti, Hilangnya  tiada ganti, Ini sejarah yang dikenang sampai mati, Meriah harinya itu penuh makna kekal tersemat di hati. Merdeka hari ini, Pemimpin-pemimpinnya di maki, Dan antara mereka juga saling dengki mendengki, Rakyat pula hilang rasa untuk menghormati, Malah keburukan negara tersebar di sana sini, Oleh rakyat mahupun pemimpinnya sendiri, Ibarat menepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri, Inikah c...
Ketika seseorang hadir memberikan rasa, Mengindahkan hari dengan pelbagai warna, Entah kenapa, Senyum ku tak seindah yang ku rasa. Hati ku masih pada si dia, Si dia yang sering diam seribu bahasa, Tiada kata. Hati aku terbahagi dua, Kepada yang aku cinta, Kepada dia yang mencinta. Kenapa Yang Esa menghadiahkan dua rasa pada masa yang sama? Cinta, Seharusnya hanya kepada Mu, Yang Esa.
The deepest my heart, I really want to ask you, How much you love me? When did you start noticing about me? Why me? If you really love me, Why you keep the distance? What you afraid of? I always love you with tears, But, I was loving you with a bright smile on my lips, Did you notice it? Why you always put me in doubt? Why you always keep me as a stranger? Don't make me despair when in love with you... "Most of women use silence to express pain. You know, she's truly hurt when she chose to ignore you"

The silent you

The silent you, make me realize that, you can't even fit with me. The silent you, make me realize that, you don't want to hear my voice. The silent you, make me realize that, you want to get rid of me. The silent you, make me realize that, you are such in getting hurt. The silent you, make me realize that, I, nothing for you. The silent you, make me realize that, I no need to bother you so much. The silent you, make me realize that, I need to move away from you. The silent you, make me realize that, Something, something can't even arranged by words.

Apa ek?

Rasa apa ek? (tarik nafas, hembus perlahan-lahan) Perasan apa tu ya? Bila seseorang yang pernah kau suka,, tetapi menyukai orang lain  dan kemudiannya, dia menceritakan dimana orang yang dia sukai itu tidak menyukai dia malah punyai pilihan lain.. Agak-agaknya lah, kalau kau jadi aku, kau nak rasa apa? Kesian kah? Mungkin boleh laa kot tuk aku rasa simpati pada dia. Cuba untuk memahami. Konon. Aku ni ada masa nak jadi setan, kejam lah jugak. Aku suka dia, tapi aku tak lagi pun mengaku ke dia secara terang, jelas dan jujur. Aku bukan tak nak cakap dekat dia, cuma tak rasa ada masa yang sesuai. Paling siot, dah semangat ni nak suka,, dan-dan ada kawan cakap dia suka dak ni laa.. apa laa.. Memang batal terus laa niat nak berterus-terang. Daripada aku sakit hati kena tolak mentah-mentah, baik aku angkat kaki cabut lari. Perasan tu akan hilang pergi laa nanti. Bila tu jangan tanya la, hai hati,, hati..  Dan perasan apa ek? Ada orang suka kau, kau pula feel so-s...

Cruel

You're so cruel. You know about me then, you told to others without my permission or before I declare itself.  It's unfair! I thought you're trustworthy. I can keep everything only to you but... Now, enough!

Alhamdulillah

Image
Bagaimana untuk aku mulakan cerita betapa aku bersyukur kepada-Nya kerana dikurniakan seorang adik yang berani menjadi imam kepada ayahnya. Kalau dapat mendengar sebak bangga ayah bila kau rela sendiri menjadi imam, kata-kata ayah sudah cukup untuk memahami apa yang tersirat di hati. "Kalau ayah mati nanti, ada juga anak ayah boleh imamkan". Mungkin tak lah sesempurna imam sebenar yang ada di luar tapi aku sudah cukup bangga kalau kau berani menjadi imam keluarga sahaja. Antara kami berlima, aku rasa kau lah paling sempurna sikap dan naluri hatinya. Kau lah yang dulu paling teruk aku marah marah tapi kini kau membesar dengan sungguh matang dan bijak akalnya. Macam apa pun yang kau nak jadi, moga Allah sentiasa di hati.

Afraid

Sometime, I can overcome my fear, Becoming fearless, I can withstand in anything, I can walking alone in the darkest of island, I'm not afraid staying in the dark, I'm not afraid with ghost, I'm not afraid with the wild animals except insects like cockroach, But, What I'm always afraid of, When you leave me, And, throw me away from your life, Be hated by you it's not matter for me, Instead of you knowing I'm exist, But then, you ignore me, Like a big punishment to me. That's what I'm scared of... "Its better being hated than being ignored"
Rasa marah yang cuba kau lontarkan, Memang sengaja aku biarkan, Faham yang sering aku sembunyikan, Cuma perlukan kepastian, Kejauhan yang aku berikan, Hanya yang terbaik daripada aku yang perlu kau dapatkan, Rindu yang aku pendamkan, Cukuplah sebagai satu hukuman.
how can I forget you if I'm living in the memories of you. everything that I did, relatable, to you.  kau begitu indah tuk dilupakan dan  begitu sakit bila dikenangkan.

Raya 2015

Image
Tahun ni, sama je macam tahun sebelum sebelum ni. Raya pertama, 1 syawal, biasalah, kami sekeluarga masih di Pasir Gudang. Hampir 4 tahun lebih jugak laa, selepas pemergian atuk Maskon bin Yunus, boleh dikatakan kami sudah tiada kampung (sedih).. Sebelah mak lagi la dah lama tak da atuk mahupun nenek, sejak aku usia 7 tahun lagi. Wong jowo ngomongi seng  "yaie"  opo  "nyaie", kembali sudeh ke rahmatullah, seng aku wes cilik lagi.  Bila dah tak da kampung ni, suka hati mak bapa aku laa mana mereka nak pergi beraya. Aku ikut sahaja. Tapi, rumah WAJIB pergi pada 1 syawal, rumah pak long (Jaafar Maskon) dan rumah Wak Yah (Sariah Mungai).  Bergambar dulu sebelum gerak ke destinasi yang ingin ditujui. "Selfie" Family's photo #muka aku selalu spoil... haha... Love you, abang.. no one can replace you #just love this picture... wink wink... Five of us #aku je yang tak pakai shades.. haihh.. Cerita raya pada aku tak la mena...

Ego Ini

Hati ini degil, Degil untuk memahami, Degil untuk terus peduli, Degil mahu teruskan menyakiti. Ego, Kapan bila kau akan pergi, Pergi dari diri ini? Agar tiada yang kan disakiti. Ego, Sampai bila nak terus kekalkan dalam diri? Tak mati lah kalau kurangkan sikit letak tepi, Kenapa degil sangat ni? Saat rasa disakiti, ego ini akan melonjak tinggi.

GoodBye

Image
Hai, Hampir setahun sudah, Banyak dah kau berjasa pada aku, Tapi nampaknya, Jodoh kita setakat ini sahaja. Hai, Handsome pulak kau hari ini, Bersih lagi berkilat (maklumlah baru basuh). Hai, Nanti kau akan ada tuan yang baru, Harap kau dapat berjasa dengan baik kepada dia, Macam kau berjasa pada aku. Can I leave you with bright smile?

Cintaku

Syukurku kepadaMu Ya Allah, Sekali lagi aku menyedari Kau menjadikan impian ku satu kenyataan, Kerana kebahagiaan yang ku rasakan, Itu pemberianMu Tuhan. Syukurku, Sehingga tanpa ku sedari, Air mata membasahi pipi. Kehadiran dia menyuntik semangat baharu, Impian yang baru, Angan yang baru, Dan mimpi baru, Seterusnya, hidup yang baru. Bersamanya, Aku rasa segala mimpi bukan sekadar mimpi, Tapi satu realiti, Layanan bak puteri, Terasa diri ini dilindungi, dihormati dan disanjungi. Malu, Malu kerana diri ini dilayan sebegitu, Kerna aku rasa aku tak layak untuk mendapatkan semua itu. Istikarah menjemputku, Memohon sekali lagi petunjukMu, Agar hati ini terus memilih seorang pemimpin, Yang bakal memimpinku kepadaMu, Ya Allah. Satu nama di ruang minda, Dan Kau lah pengikat dua jiwa, Moga petunjukMu sentiasa ada, Kerna Kaulah sebaik-baik perantara. Cintaku kepada manusia, harapnya tidak melebihi cintaku kepada Yang Esa.

Beza, okay.

Aku, Seorang yang nampak baik, lembut dan pendiam, Tapi, Aku bukan seperti yang kau sangkakan, Aku, Lebih ganas dan adakala lebih rude berbanding dia. Dia, Seorang yang nampak sombong, garang dan peramah, Tapi, Dia bukan seperti yang kau sangkakan, Dia, Lebih lemah lembut dan pemalu orangnya. Jadi, Kau... jangan sesekali bandingkan, aku dengan dia. Aku, Waz... Dia, Didi... Kami ialah dua karakter yang berbeza ya. 

Imaginasi

Melalui lorong-lorong sunyi, Cuba mencari sesuatu yang boleh mengisi hati, Ruang kosong yang masih tidak berpenghuni. Cinta hakiki biar tersusun rapi di satu sudut hati, Iaitu cinta kepada Tuhan yang kekal abadi, Juga, cinta kepada ibunda dan ayahanda yang penuh budi. Kembara segenap dunia, Melalui sikap-sikap dan emosi manusia, Hanyut dalam mereka seketika, Lupa dan leka adakalanya. Namun, jalan masih diteruskan, Dengan segala sisa kekuatan, Harapan, jalan ini berhenti di satu sudut kebahagiaan, Walau tidak penuh kesempurnaan, Tetapi dipimpin dengan keagamaan dan seluruh keikhlasan juga kecintaan. Jalan dan jalan, Sampai kembali semula kepada Tuhan, Moga syurga adalah ganjaran.
do you hurt such that much? so, why you chose me?
I rasa macam nak kill you laa..

Rasa

'Aku biarkan kau ada untuk aku rasa, Sebenar-benarnya rasa itu bagaimana' Dengan kerendahan hati melihat dia, Aku tahu rasa ini lebih dari yang aku sangka, Dan, perasaan ini lebih hebat dari apa yang aku jangka. Cuma, Bila ego lebih berkuasa, Rasa benci menyelubungi jiwa, Hilang impian yang diimpi semuanya, Ke tepi kan semua rasa, Dan kau, sudah tiada makna. Adakala aku rapuh kerna aku juga punya rasa cemburu yang aku selindungkan disebalik hati batu yang tak bernyawa.

Kenangan itu

Berada di satu tempat dimana kenangan itu tercipta, Membuatkan aku tersenyum dan leka, Mengingati memori lama. Rindu. Situ yang dulu bising dengan gelak tawa, Situ yang dulu masing-masing berwajah ceria, Berusaha mengikat hubungan mesra, Kini, Hanya cemercip suara unggas memecah keheningan, Aku cuba mengorek kembali apa yang pernah tersimpan dalam memori ingatan. Oh, Aku ingat masa masuk lab itu kali pertama, Aku ingat persoalan yang timbul dalam hati aku masa nampak dia, Aku tertanya-tanya, Dia ke ketua, kenapa dia, dah ada perlantikan ke, Sebenarnya tiada perlantikan pun, Tapi, dia rasa dia punyai tanggungjawab atas kami semua, Jadi, dia rela. Cerita, Tak akan habis untuk bercerita saat kali pertama mengenali semua, Ada yang sangat ramah dan mesra, Ada yang malu-malu tapi teruja, Ada yang sombong tapi ambil kisah je, Ada yang diam tapi pandai buat kerja, Ada yang bising, habuk pun takda. Semua kenangan lama. Melalui, Saat-saat kita mula bersa...

Sihat Semula Tau Zuera

Sesampai di rumah, Tanpa membuang lagi beg pakaian, Aku dikhabar akan perihal kesihatan mu, Gugur jantung ku seketika waktu. Pagi kelmarin, Kali pertama aku applied ilmu memasak bubur yang pernah aku belajar dari kawan ku, Pa’in. Bubur special penuh kasih sayang ku buat khas untuk mu. Sekian lama tak berjumpa, Dek kerana waktu yang sering mencemburui kita, Kini, tak sangka, Kesihatan dan berat badan mu semakin susut. Sebak hati ini melihat diri mu sahabat. Tapi, aku bangga, Kau punya kekuatan yang tinggi, setinggi langit di angkasa, Kau punya semangat yang tiada tolok bandingnya. Punyai sakit misteri dan rahsia, Yang di mana kabur segala punca, Tetapi, fizikal diri pula menjadi mangsa, Namun, kau tetap tabah menghadapinya. Hari ini, Melihat senyuman mu, Ku yakin kau mampu sembuh seperti sediakala, Siapapun yang menganiaya, Aku tahu kau punya hati yang mulia, Maafkanlah saja dia. Anggap jugalah ini dugaan daripada-Nya sebagai sa...

to vindictive

Aku sering tertanya-tanya, Kalau kau tu cuma dugaan tuk aku semata-mata, Yang hanya memberi kebahagiaan sementara, Atau kah sebenarnya, Kau memang pemimpin aku bukan tuk di dunia sahaja, Tapi sampai ke syurga. Aku tahu kalau sejarah silam memang sukar dilupakan, Masih menyimpan dendam itu antara kau dengan Tuhan, Pohon kurniakan hati penuh kemaafan, Atau biarkan saja dihasut syaitan. Aku punya impian, Dan aku tak perlukan pendendam tuk bersama aku, Aku cuma inginkan seseorang yang tulus ikhlas menerima aku, Juga mencintai aku dengan sepenuh hati. Aku punya perasaan yang aku kata itu hadiah daripada Tuhan.

Perubahan

'Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, wolves in sheep clothing etc. Antara punca-punca kejatuhan Islam itu sendiri adalah apabila umat Islam mula memandang rendah akan segala tanggungjawab sebagai hamba Allah dan lantas, memandang remeh segala hukum agama yang telah di tetapkan oleh  Allah. Nauzubillah. Kepura-puraan dan kemalasan menuntut ilmu serta mudah berasa selesa atas sesuatu pencapaian'. hhmmm... Tidak suka aku memandang orang lain kerana pada aku susah untuk menilai orang lain. Diri sendiri, ya, aku menilai diri ini sentiasa dalam kekurangan dan kejahilan. Makin aku cari makin aku malu akan diri sendiri kerana selama ini banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui dalam MALAS untuk aku pelajari. Kalau aku pelajari pun, ianya tidak tersimpan pun di lubuk hati dek tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari. What a shame! Baru-baru ni, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, mengizinkan aku berada dal...