Tulis, Karya
Scrolling FB, then, terbaca pula status seorang kawan ni. Kenalan ni banyak kali juga memberikan inspirasi untuk menulis. Status dia:
'Tulis yang baik-baik walaupun kita bukan yang orang yang terbaik. Mana tahu satu hari nanti anak-anak kita akan scroll balik Facebook, Twitter kita'
Setiap perkataan yang tertulis memberikan makna kepada setiap pembaca. Karya lapok mana sekalipun, pasti akan ada yang membacanya. Pengalaman sebagai pustawan, aku tidak menafikan buku-buku karya lama lebih mudah menyentuh hati dan mudah untuk dihayati. Kebanyakan penulis-penulis dulu menulis dengan hati nurani, ikhlas. Aku tidak kata penulis-penulis sekarang tidak menulis dengan ikhlas atau mengharap duit/ populariti semata, tapi jarang sekali untuk menemui buku yang ditulis dengan hati, kebanyakan ditulis dengan bayangan syok sendiri, menjadikan jalan cerita kurang kualiti.. opps! maaf. Aku ni komen lebih-lebih, cuba laa create satu cerita!? Aigoo..
Dulu aku banyak buku untuk menulis apa-apa yang aku panggil itu karya. hahaha... Agak-agak la, buku-buku yang aku buang tu dulu semua, ada tak pembacanya? Mana tau, sebelum dilupuskan, ada ke orang yang sempat membacanya. hahaha...
Apapun bentuk penulisan, penulisan yang ditulis dengan hati, pasti menarik dan mudah difahami.
Comments
Post a Comment