Perubahan
'Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, wolves in sheep clothing etc.
Antara punca-punca kejatuhan Islam itu sendiri adalah apabila umat Islam mula memandang rendah akan segala tanggungjawab sebagai hamba Allah dan lantas, memandang remeh segala hukum agama yang telah ditetapkan oleh Allah. Nauzubillah.
Kepura-puraan dan kemalasan menuntut ilmu serta mudah berasa selesa atas sesuatu pencapaian'. hhmmm...
Tidak suka aku memandang orang lain kerana pada aku susah untuk menilai orang lain. Diri sendiri, ya, aku menilai diri ini sentiasa dalam kekurangan dan kejahilan. Makin aku cari makin aku malu akan diri sendiri kerana selama ini banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui dalam MALAS untuk aku pelajari. Kalau aku pelajari pun, ianya tidak tersimpan pun di lubuk hati dek tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari. What a shame!
Baru-baru ni, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, mengizinkan aku berada dalam satu majlis ilmu yang berlangsung di dewan kecil UNIZA. Tajuk Re-Self malam tu ialah Aspirasi Mahasiswa Pelopor Perubahan oleh Dr. Roslan Ahmad. Kata-kata yang paling menusuk kalbu malam tu,
"Pemuda dulu — sesuatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan Islam dan memakmurkan Islam.
Pemuda hari ini — orang lain mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat Islam atau nilai-nilai manusia itu sendiri"
Selaku anak muda beragama Islam, Malaysia yang kini hidup di dalam dunia yang aku rasa penuh dengan pancaroba dan pemainan Barat yang sungguh licik sampai adakala aku juga terpedaya, aku rasa perubahan perlu bermula. haishh... kesian rohani ini; nowadays, world are a soul tourture!
Perubahan, terutama perubahan jiwa. Pada aku, ianya hal yang sungguh rumit, sulit dan berat. Tapi, as long as aku terus kuatkan semangat, yakin dan istiqamah dalam mendidik hati, jiwa dan rohani dengan sentiasa menghadirkan diri di majlis-majlis ilmu dan rajin mentarbiahkan diri ini, in shaa Allah, sedikit sebanyak terubah juga. Sabar—solat—doa.
"Setiap kebangkitan ada rahsia kekuatannya. Setiap gagasan ada penyokongnya"
— Imam Assyahid Hassan Al Bana
Aku sentiasa memerlukan sokongan untuk sesuatu perubahan dan aku harap mereka juga sudi bersama.
Comments
Post a Comment