Kenangan itu

Berada di satu tempat dimana kenangan itu tercipta,
Membuatkan aku tersenyum dan leka,
Mengingati memori lama.

Rindu.

Situ yang dulu bising dengan gelak tawa,
Situ yang dulu masing-masing berwajah ceria,
Berusaha mengikat hubungan mesra,

Kini,

Hanya cemercip suara unggas memecah keheningan,
Aku cuba mengorek kembali apa yang pernah tersimpan dalam memori ingatan.

Oh,

Aku ingat masa masuk lab itu kali pertama,
Aku ingat persoalan yang timbul dalam hati aku masa nampak dia,
Aku tertanya-tanya,
Dia ke ketua, kenapa dia, dah ada perlantikan ke,
Sebenarnya tiada perlantikan pun,
Tapi, dia rasa dia punyai tanggungjawab atas kami semua,
Jadi, dia rela.

Cerita,

Tak akan habis untuk bercerita saat kali pertama mengenali semua,
Ada yang sangat ramah dan mesra,
Ada yang malu-malu tapi teruja,
Ada yang sombong tapi ambil kisah je,
Ada yang diam tapi pandai buat kerja,
Ada yang bising, habuk pun takda.

Semua kenangan lama.

Melalui,

Saat-saat kita mula bersama,
Membuatkan aku ingin mengulanginya semula.

Tapi,
Yang indah itu,
Akan aku kunci dalam peti memori abadi,
Yang pahit itu,
Aku isi dalam hati moga diri ini mengingati agar lebih berhati-hati.

Aku juga bakal pergi,
Tah kenapa hati ini masih terasa ingin mengulangi,
Ia membuatkan aku terasa berat hati,
Mungkin aku patut kuburkan sahaja kenangan itu semua di sini.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December