Sihat Semula Tau Zuera
Sesampai di rumah,
Tanpa membuang lagi beg pakaian,
Aku dikhabar akan perihal kesihatan mu,
Gugur jantung ku seketika waktu.
Pagi kelmarin,
Kali pertama aku applied
ilmu memasak bubur yang pernah aku belajar dari kawan ku, Pa’in.
Bubur special penuh kasih sayang ku buat khas untuk mu.
Sekian lama tak berjumpa,
Dek kerana waktu yang sering mencemburui kita,
Kini, tak sangka,
Kesihatan dan berat badan mu semakin susut.
Sebak hati ini melihat diri mu sahabat.
Tapi, aku bangga,
Kau punya kekuatan yang tinggi, setinggi langit di angkasa,
Kau punya semangat yang tiada tolok bandingnya.
Punyai sakit misteri dan rahsia,
Yang di mana kabur segala punca,
Tetapi, fizikal diri pula menjadi mangsa,
Namun, kau tetap tabah menghadapinya.
Namun, kau tetap tabah menghadapinya.
Hari ini,
Melihat senyuman mu,
Ku yakin kau mampu sembuh seperti sediakala,
Siapapun yang menganiaya,
Aku tahu kau punya hati yang mulia,
Maafkanlah saja dia.
Anggap jugalah ini dugaan daripada-Nya sebagai satu cara
penghapus dosa.
Doaku moga kesihatan dan berat badan mu ideal semula,
Dan, Bahagia yang kau punya tetap milikmu selamanya.
Kaulah satu-satunya yang memahami aku dari A-Z, dulu dan kini... Saat kau butuh teman disisimu.. Aku akan cuba tuk sentiasa ada buatmu...
Comments
Post a Comment