Raya 2015

Tahun ni, sama je macam tahun sebelum sebelum ni. Raya pertama, 1 syawal, biasalah, kami sekeluarga masih di Pasir Gudang. Hampir 4 tahun lebih jugak laa, selepas pemergian atuk Maskon bin Yunus, boleh dikatakan kami sudah tiada kampung (sedih).. Sebelah mak lagi la dah lama tak da atuk mahupun nenek, sejak aku usia 7 tahun lagi. Wong jowo ngomongi seng "yaie" opo "nyaie", kembali sudeh ke rahmatullah, seng aku wes cilik lagi. 

Bila dah tak da kampung ni, suka hati mak bapa aku laa mana mereka nak pergi beraya. Aku ikut sahaja. Tapi, rumah WAJIB pergi pada 1 syawal, rumah pak long (Jaafar Maskon) dan rumah Wak Yah (Sariah Mungai). Bergambar dulu sebelum gerak ke destinasi yang ingin ditujui.

"Selfie"
Family's photo

#muka aku selalu spoil... haha...

Love you, abang.. no one can replace you
#just love this picture... wink wink...

Five of us
#aku je yang tak pakai shades.. haihh..


Cerita raya pada aku tak la menarik mana pun. Tapi, aku suka bab ziarah menziarahi, di samping mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli keluarga jauh mahupun dekat, dapatlah juga berkenalan dengan sedara mara jauh yang handsome, kacak lagi bergaya.. haha... (gatalnya...) sedara ramai sangat.. ada yang lupa nama, yang tak kenal pun ada. Paling best, dapat duit raya lagi.. yeah... haha... (lepas duit minyak ulang alik dari rumah ke tempat LI tuk sebulan) haha.. Tapi, nak simpan laa duit raya ni dalam bank. Dah lama rasanya, aku tak menabung.. hehe...


Raya tahun ini, sederhana je. Tapi,, Alhamdulillah, dipanjangkan umur dapat berjumpa sepupu, saudara mara yang jauh di mata dekat di hati, pakcik makcik, nyaie dan yaie sedara. Alhamdulillah,, moga semuanya sentiasa sihat sejahtera. Yang sudah berumur pula, yang nikmat kesihatan sudah ditarik sedikit demi sedikit, doa aku, moga pergi kepadaNya nanti dalam keadaan aman, tenang, dan harapnya pergi dengan penuh keimanan. Aku yang muda, nampak sihat tubuh badannya, tah bila bila juga akan pergi kepadaNya. Harap semuanya sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat daripada Yang Esa.

My parents with yaie su and nyaie su
#gambar raya ke tiga... skip la cerita sebab gambar raya ke dua, missing... #tears

Aku suka pergi kunjung mengunjungi rumah sedara mara, nak nak kalau masih ada yang berumur macam ini. Sampai ada terlintas dalam fikiran aku, andai ada jodoh aku berkahwin, tempat honeymoon aku, salah satunya, kunjungi rumah pakcik makcik aku dan si dia (kalau adalah)... aku ni bab-bab berangan tinggi sikit akalnya... muahaha...

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

ikhlas daripada,

Nurul Waznah binti Abdul Hafi


Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December