Alhamdulillah

Syukur kepada Allah, aku dapat kerja juga akhirnya.. Walaupun bukan dalam bidang aku,, janji aku bakal menamatkan zaman pengangguran aku.. Aku akan mula bekerja pada hari Isnin, 28 Disember 2015 sebagai admin account assistant.. Syarikat Inno Wangsa Oils and Fats Sdn Bhd pada ketika ni sangat memerlukan pekerja kerana mereka baru buka satu lagi kilang baru di Tanjung Langsat. Kalau ikutkan aku, aku nak position lab assistant. Tetapi Puan Halen, yang interview aku kata, position account tu lagi sangat memerlukan orang.. Dia kata, cuba dulu kerja pejabat, nanti lama-lama kalau rasa nak tukar di bahagian lab, baru beritahu beliau. Kerana bahagian lab, mostly prefer chemistry engineering punya background.. Takpe lah.. Cuba dulu bahagian accounts ni. Key in data semua bagai.. InshaAllah, satu lagi ilmu baru yang akan aku perolehi dan aku akan cubalah yang terbaik. Janji rezeki halal, bulan2 masuk, parents aku happy... Itu lagi penting...!

Aku ingat nak tulis cerita ni dalam diary je tapi jari jemari ku tak rasa nak menulis. Taip je lah.. Apapun, sekali lagi aku bersyukur kerana dah dapat pekerjaan. Walaupun bukan bidang, orang kata, kalau dah nama rezeki, dapatlah.. Rezeki kita milik kita, Allah takkan bagi kepada orang lain tapi yang penting usaha tu ada.. Wallahua'lam.

Bangun pagi aku lepas ni terisilah... Alhamdulillah...

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December