to vindictive

Aku sering tertanya-tanya,
Kalau kau tu cuma dugaan tuk aku semata-mata,
Yang hanya memberi kebahagiaan sementara,
Atau kah sebenarnya,
Kau memang pemimpin aku bukan tuk di dunia sahaja,
Tapi sampai ke syurga.

Aku tahu kalau sejarah silam memang sukar dilupakan,
Masih menyimpan dendam itu antara kau dengan Tuhan,
Pohon kurniakan hati penuh kemaafan,
Atau biarkan saja dihasut syaitan.

Aku punya impian,
Dan aku tak perlukan pendendam tuk bersama aku,
Aku cuma inginkan seseorang yang tulus ikhlas menerima aku,
Juga mencintai aku dengan sepenuh hati.


Aku punya perasaan yang aku kata itu hadiah daripada Tuhan.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December