Imaginasi

Melalui lorong-lorong sunyi,
Cuba mencari sesuatu yang boleh mengisi hati,
Ruang kosong yang masih tidak berpenghuni.

Cinta hakiki biar tersusun rapi di satu sudut hati,
Iaitu cinta kepada Tuhan yang kekal abadi,
Juga, cinta kepada ibunda dan ayahanda yang penuh budi.

Kembara segenap dunia,
Melalui sikap-sikap dan emosi manusia,
Hanyut dalam mereka seketika,
Lupa dan leka adakalanya.

Namun, jalan masih diteruskan,
Dengan segala sisa kekuatan,
Harapan, jalan ini berhenti di satu sudut kebahagiaan,
Walau tidak penuh kesempurnaan,
Tetapi dipimpin dengan keagamaan dan seluruh keikhlasan juga kecintaan.

Jalan dan jalan,
Sampai kembali semula kepada Tuhan,
Moga syurga adalah ganjaran.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December