Alhamdulillah

Bagaimana untuk aku mulakan cerita betapa aku bersyukur kepada-Nya kerana dikurniakan seorang adik yang berani menjadi imam kepada ayahnya. Kalau dapat mendengar sebak bangga ayah bila kau rela sendiri menjadi imam, kata-kata ayah sudah cukup untuk memahami apa yang tersirat di hati. "Kalau ayah mati nanti, ada juga anak ayah boleh imamkan". Mungkin tak lah sesempurna imam sebenar yang ada di luar tapi aku sudah cukup bangga kalau kau berani menjadi imam keluarga sahaja.

Antara kami berlima, aku rasa kau lah paling sempurna sikap dan naluri hatinya. Kau lah yang dulu paling teruk aku marah marah tapi kini kau membesar dengan sungguh matang dan bijak akalnya.



Macam apa pun yang kau nak jadi, moga Allah sentiasa di hati.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December