Posts

Showing posts from 2016

December

December, Haiii... I guess it's a little late to say hi but, unfortunately I still wanna say hi. Actually, I'm very sad today. Saying hi probably would cover up the sadness inside. There's many things happening in my life right now. Despite that I still playing hard to keep or staying positive, be patient and learning every single moment happened. Too tired to pretend but, still learning more. What could I say, you still my piece of strength, whenever I'm sad, I'm still thinking of you. It's never old.

HB

Happy birthday.. Those two words that I really want to wish you. I really thankful to Allah because gave me chances to know you, You taught me such many things, I miss all the moments were so called "together", I am the person who ruin everything, Either it's about ego or been afraid to express my feeling, Feeling 'something' that I always try to hid, 'Something' that I always try to deny, When there's unplanned happened, All were destroyed. ***** Apapun, semoga panjang umur, murah rezeki sihat selalu. Semoga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan olehNya serta berjaya dan bahagia dunia akhirat. Aamiin.

Beku

Terlalu banyak perkara yang berlaku, Sehingga aku tak tahu apa yang perlu. Entah, Aku terasa kaku, Untuk setiap masa yang berlalu, Sehingga menjadi keras dan beku, Tinggal tunggu sehingga tidak mampu tercantum menjadi satu. Belum ditanya tentang keliru, Haru biru dunia ku, Sakit sampai menusuk kalbu, Menahan sayu, Ingin saja dibiar roh ditiup bayu, Meninggalkan setiap sisa rindu.

Penghormatan

Kecintaan, Aku tidak tahu nilai kecintaan, Sebelum mahupun selepas pernikahan, Apa yang aku sedar dari penglihatan, Ianya bukan sekadar perkataan cinta penuh perasaan, Atau berpegang tangan, Tapi, Ianya satu Penghormatan penuh kesederhanaan. Cinta, Tanpa rasa hormat antara bersama, Binasa. Kerna, Nanti bila tiba saat kematian, Kau hanya dapat ku tatap dari sudut pandangan, Yang sudah bersih penuh kesucian bagi menghadap Tuhan, Tiada lagi untukmu kucupan, Melainkan sentiasa disisi d engan peruh rasa penghormatan, Sehingga permergian mu lenyap dari redup penglihatan. ***** Aku tidak mampu merasa lebih apa yang nek su rasakan saat permergian atok su hari ini. Wajah penuh senyuman menutup segala kesedihan. Sungguh redha dengan ketetapan Tuhan. Cukup tenang menerima qada' qadar yang sudah ditetapkan. Apapun, semoga atok su tenang di sana dan sentiasa rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aammin.

Iya, bagaimana?

Kalau kau rasa cantik boleh dikaitkan dengan cinta, Bagaimana nanti kalau kau kelihatan tua, Atau, Tuhan menarik segala keindahan yang kau ada, Walau di usia muda? Kalau kau rasa harta dan kaya memberikan bahagia, Bagaimana nanti kalau Tuhan menduga, Kau atau orang yang kau cinta menjadi miskin dan papa kedana, Walau di usia tua? Berkaitan cinta dan bahagia, kau tanyalah seribu orang, keseribu mereka boleh menyatakan jawapan yang berbeza-beza. Kerna itu mudah bagiNya. Tidak perlu bercerita tentang cinta manusia. Cuba kau bercerita bagaimana kau mencintai Yang Esa. Bisakah kau mencintai Dia tanpaNya di depan mata? Bisakah kau merindui Dia tanpa berkata atau meluahkan kepadaNya? Bisakah kau merasa bahagia tanpa bersyukur terhadap segala nikmat pemberian daripadaNya? Bisa saja.. Iya, tapi bagaimana? Lalu, apa buktinya? ***** Kerna cinta itu tidak cukup sekadar bicara, cinta itu perlukan pengorbanan jiwa dan segalanya. Kalau ditanya tentang cinta ku kepada seorang ma...

Pilih bulu

Jujur, walaupun aku ni jenis terbuka, tak kisah, asal boleh je tapi, tak semua perkara aku terima. Aku hangin je bila dengar ayat ayat: "Dia ni siapa? Nak juga masuk geng ni" Padahal dah kenal. "Eh, dia ni tak pernah pernah datang atau lepak sesama kita. Tiba tiba je ada" Sekali sekala rasa nak join. "Alaa, dia ni geng tuuuutttt je. Mana main nittttt" Perlu ke bangga? *senyum sinis* "Dia ni dah lama tak nampak. Alih alih nak menyibuk" Janji ada, tak nak putuskan silaturahim. "Eee, dia ni kerja buat ni je. Apa dia tahu" Orang yang cakap ayat ni paling bodoh. Hahaha. ***** Kalau kau tanya aku sebab aku nak hangin dengan ayat ayat lebih kurang di atas, aku memang tak tahu sebabnya. Cuma, aku tak suka dengan orang orang yang bersikap memilih bulu. Rasa diri tu bagus sangat sampai sesuka je nak tolak orang, nak rendah rendahkan orang. Nak kawan sesama taraf je. Orang kaya sesama orang kaya, orang boleh masuk air dengan orang...

sorry bro

Seorang pekerja baru lelaki, 32, berasal dari Selangor, Fazlin namanya, bersedia pulang dari kerja. Dia half-day je hari ni. "Ok bro. Selamat hari raya" sambil bersalaman dengan abang Raj. "Waz, balik dulu. Selamat hari raya" sambil hulur tangan ke aku. "Ahahahaha" abang Raj dah gelak gelak bila nampak Faz cuba nak salam aku. Aku dengan muka pelik "Aku tak salam lelaki ah" *bukan mahram sebut aku dalam hati* Dia turunkan lengan jeket motor dia, konon nak kasi lapik. Ahhh.. "Ok Faz, selamat hari raya" Aku salam di pergelangan tangan dia yang sedia berlapik. "Alaa Waz, salam je. Aku takde ah main calit calit ni" "Emmm.." Sambil main phone. ***** Sorry bro. Gua takde niat nak malukan lu. Memang gua jenis rock, open minded, gila gila, tak kisah lepak lepak dengan lelaki sesama. Tapi, bezanya gua dengan perempuan yang biasa kaki lepak juga ni, gua tak salam lelaki melayu bukan mahram. Sedara mara bel...
Di dingin pagi lagi sunyi, Kau bertanya aku tentang soal hati, Dan, aku sekadar menjawab sejujur yang ku mahu, Aku tidak memaksa tidak juga merayu, Kau menerima aku. Kau tahu nilai diri kau, Dan kau lebih tahu siapa yang layak berada di sisi kau, Apapun keputusan kau, Aku sedia hormati, Sebab aku tahu kau memilih bukan untuk hidup sehari, Kalau boleh sampai mati, Barangkali, sampai ke temu Ilahi. Terpulanglah...

pandangan itu

Pandangan itu, Tidak pernah aku tahu, Walau sekian lama berlalu, Jawapannya masih lagi aku tertunggu. Dari mata pandangan itu, Sepertinya te rsirat sesuatu, Berfikir apakah kau tentang aku, Atau, kau sebenarnya menilai kelemahan aku? Angkara pandangan itu, Mitos yang dulu pernah ku ragu, Ku yakin tidak akan berlaku, Ternyata, itu bukan mitos palsu. Rindu— Redup pandangan itu, Disisip bersama senyuman pengukir kalbu, Saat aku bercerita tentang aku.

datang dan pergi

Image
Hari ini, kak Lashini last day kerja. Satu-satunya orang yang paling banyak aku berurusan dalam kerja terutama berkaitan invoice, DO and PO. Orang tengah accounts dept dan purchasing dept, aku lah. Setakat ni, tiada lagi pengganti dia. Now, purchasing dept kosong. Risau juga aku. Sabtu ini, Marlina juga last. Sabtu depan, aku last pula. Pergh, terbaik ar. Dah boleh prepare lah ucapan terakhir nak cakap apa. Hehe. Selama 5 bulan lebih aku buat kerja-kerja account, alhamdulillah, tidak ada masalah yang serious malah, hasil kerja aku pun alhamdulillah tersusun dan agak memuaskan hati. Komen daripada HOD pun , nice and positive. 'Fast learner'. Alhamdulillah. Bukan aku tak nak bertahan lebih lama tetap aku tahu batas aku di mana dan aku tahu minat dan hati aku itu apa. Being an accountant and all those experience and knowledge are so precious and I really appreciate it. What so proud on myself, I can do the work which, at first I think I can't. Alhamdulillah. Ok.. Deng...
Aku sedar kalau aku itu tak layak untuk berasa cemburu, Aku cuma hamba yang tak punya apa, Sedang dia milik Sang Pencipta. Namun, aku cuma insan biasa, Tak pernah sempurna, Dan tidak akan selamanya berdiam tanpa kata, Kerna, sakitnya tetap juga terasa, Itu juga kerana aku sudah cinta. Atau, aku kah yang seharusnya tidak perlu ambil tahu, Aku pinta kemaafan daripada mu, Kalau aku sudah membuat pincang dalam urusan hidup mu. Maaf, kalau aku yang tidak pernah mengerti, Kalau kau mahu aku pergi, Maaf atas kedegilan diri ini, Yang sering mengharap kau melihat diri ini.

cinta pendam

Sometimes I wonder, Who's the person he loves, So much... ***** Aku masih lagi merasa perasan yang tak bisa ku lupa, Masih lagi teringat bait-bait kenangan yang tercipta, Entah kenapa Tuhan masih lagi tetapkan hati ini untuk setia. Dugaan hadir tanpa diduga, Dengan kehadiran insan-insan yang sering mengelirukan rasa, Tapi, akhirnya, kau juga yang aku puja. Degil kah diri ini untuk pergi? Atau, aku yang masih setia untuk menanti? Tuhan tahu aku pendam, Di sudut paling dalam, Rasa yang tak mungkin terpadam. ***** Aku harap bulan Ramadhan ini dapat mendidik jiwa, menjinakkan hati dan perasan. Redha dengan segala ketentuan, belajar dari melihat apa yang telah Allah ciptakan,  diam di setiap kata-kata yang menjatuhkan,  sederhana dalam segala tindakan. 

Pemandu gila

Bukan tak suka, Bukan benci, Bukan juga cinta. Tapi kau buat jantung aku seperti kenderaan yang mahu pergi perang, Muka aku mungkin tenang, Dalam tidak seperti kau fikirkan. Kalau kau rasa kau pun ada gila, Tapi takde sampai membahayakan diri sendiri, Atau mungkin akan membawa bahaya kepada lain. Namun, kau harus tahu, Gila kau punya akal, Gila aku penuh emosi, Degil kau masih waras, Degil aku menyakitkan hati. Tak perlu layan aku terlalu baik, Aku dididik tuk berdikari, Bukan dimanjai. Maaf aku tak biasa. Aku bukan seperti perempuan yang kau fikirkan, Mungkin susah untuk kau faham. Seribu kemaafan, Untuk segala kekusutan dan segala yang membahayakan. ***** Semoga selamat sampai kawan. Terima kasih untuk segalanya. Ku pohon maaf dengan beribu, berjuta keampunan... Aku tido luar rumah sebab taknak kejutkan mak aku. Sekian.

susah susah dahulu, senang senang kemudian

Kelmarin, aku mengatakan yang aku mungkin terlalu gembira tetapi, hari ini entah kenapa aku terlalu sedih, perit dan pedih. Aku seolah-olah tidak boleh menerima segala ketentuanNya. Astagfirullah. Tuhan baru uji sedikit, baru ujian kurangnya duit dan harta. Tambahan, dugaan cuba memenuhi ke hendak ibu bapa. Baru sikit tu, aku punya nangis macam apa. Rasa tak tahan la weyh... Aku ni dah la species pelik sikit. Kalau benci, marah bengang tahap gaban, mesti air mata yang keluar dulu. Dalam dah mencarut bagai usah dikata. Haishh... Astagfirullah...  Mungkin dugaan ni tuk bawa aku semula kembali kepada Pencipta. Dunia yang sibuk aku kejar, lari pergi. MasyaAllah.. *still tearing* Aku cuba lah.. Cuba lah yang terbaik jadi hambaNya, jadi anak yang sabar melayan kerenah ibu bapa sepertimana dulu mereka sabar melayan kerenah aku. Anak yang sering kena marah ni la akan cuba selalu ada, susah senang bersama. Nak kata tenang dan sabar, aku ni jenis pemarah, cepat marah tapi cepat sejuk ju...

tak sempurna seperti kita

Image
Aku gembira hari ini, terlalu gembira, Sehingga terasa ingin menyanyi alunan irama cinta, Dan, terasa juga ingin menari pelbagai rentak dengan sepenuh jiwa. Aku bersyukur kalau Tuhan masih lagi memberikan aku nikmat bahagia, Bahagia yang aku rasa orang lain pandang itu gila, Ya, aku bahagia, Bahagia dengan angan-angan yang aku cipta, Salahkah kau rasa? Hati satu lagi bicara, Tak salah tapi kau akan lebih parah terluka dan berdarah, Dengan angan yang akan buat kau terus kecewa, Jika kau tahu hal yang sebenarnya. Mungkin dia yang pernah ada saat sunyi menyapa, Tapi dia ada tak lama dan tak akan selamanya, Kehadiran kau mungkin juga sudah menyusahkan dia, Kau harus berhenti dan tak perlu buat dia tersiksa. Aku tertunduk hiba, Ya, aku ingin pergi tapi entah kenapa diri ini masih degil, Berdegil untuk tidak melepaskan, Berapa banyak kali aku menipu diri ini, cuba menjauh dan pergi, Aku tak tahu kenapa aku masih kembali, Kembali menanti. ...

Gelaran

Bila dah duduk sorang sorang, baca, belek semula kenangan lama, macam macam gelaran pernah aku dapat. Dari segi nama aku tu pun, dah macam macam gelaran aku ada. Nama penuh aku Nurul Waznah. Family members, jiran-jiran, teman sepermainan, mereka biasa panggil aku Nurul. My special aunt je, sorang ni je selalu panggil aku, Nah tapi kadang kadang tu, Nurul juga lah dia panggilnya aku. Nama ke dua aku ni, memang ramai yang payah nak sebut. Waznah. Biasa orang luar panggil akan jadi, Maznah, Wana, Waima, Waza, dan entah la. Banyak sangat. Member member , aku memang biasakan diaorang panggil aku Waz, ataupun Was. Suka korang lah. Cuma, seorang je kawan sekolah aku yang panggil aku lain daripada lain. Dia, the only one panggil aku Wawa. Aww, sweet dulu nama ni pada dia. Dulu lah,, sekarang... Takpe lah. Simpan dulu kisah sedih tu. So then, macam tu lah. Gelaran aku dari segi nama. Gelaran dari segi lain, aku dapat mungkin daripada penilaian mereka lah tentang fizikal, tingkah laku dan s...

surat cinta

Image
***** Dah lama aku tak menulis surat cinta, cinta yang pernah aku rasa entah hilang ke mana, tinta pena entah juga untuk siapa; kalau kau merasa, mungkin lah engkau orangnya.

Bahtera Cinta,, kononnya...

Sudah bersediakah? Aku bayangkan sebuah perkahwinan itu ibarat membina sebuah bahtera, Bermula dengan l akaran bahtera itu sebesar dan seindah bagaimana, Kemudian pemilihan bahan-bahan dan alatan-alatan apa, Asas atau kerangka bahtera itu sekukuh dan sekuat mana, Layar yang bakal dilabuhkan membawa atau menuju destinasi di mana... Selama pelayaran, Tidak akan selalu menghadapi hari-hari cerah dan aman, Dan lautan tidak selalunya tenang. Apakah akan terkandas di tengah lautan? Apakah bahtera pecah dipukul ombak gelombang? Apakah layar terkoyak dipanah bucuan?  Sudah tersediakah kapal kecemasan? Cukupkah peralatan keselamatan? Atau, Kau bakal hanyut dan tenggelam di tengah lautan yang dalam? Bukan usia pengukur kematangan, Bukan nafsu dan dendam pengikat hubungan, Tetapi, Jiwa yang bersedia penuh ilmu dan pengetahuan, Ikhlas dan redha menerima segala ketentuan. ***** Aku tak kisah bila ditanya, bila? Kerna aku lebih tahu bila aku bersedia, Kerna se...
Aku cuba mencari tahu, Walaupun sukar mencari serpihan serpihan atau jejak kamu, Namun, aku gagahkan jua, Nampaknya, Family kau sudah menerima ahli baru, Sayangnya, Aku tahu bukan daripada kamu, Tapi, Daripada usaha aku untuk tahu... Hanya Tuhan saja yang tahu..... Hati aku.........
Diamnya aku... Aku bertafakur sebentar, Berfikir-fikir salah kah aku, Aku sekadar mencuba, Sudah pun mencuba, Mencuba mencari peneman yang setia, Yang sentiasa ada saat suka dan duka, Kalau kau kata aku suka mendiamkan diri dan seperti tidak pernah berusaha, Sia-sia sajalah apa yang telah aku cuba. Namun, kau juga tidak lagi berusaha, Membiarkan aku terus pergi bersama hati yang lara, Aku bersangka-sangka, Kau telah mengorak langkah, Melupakan segala yang tersisa, Kerna, Kau terus mendiamkan diri tanpa khabar berita. Aku juga berkira-kira, Mungkin juga kau sudah bahagia, Cukup bahagia, Tanpa hadirnya aku bersama. Dalam tak sedar, Kau telah mengajar aku, Mengajar aku hidup bahagia tanpa kau bersama. Jadi, setakat ini saja kah rasa cinta yang telah kau perkata? Aku kau tahu lelahnya menanti, tetapi kau tetap juga meminta untuk aku menunggu, kalau aku betul-betul menunggu, tanpa aku beritahu, kenapa kau kecewa, hanya berdiam diri dan tidak lagi berusaha,...

Tutuplah

Tutuplah, Tutuplah semua pintu pintu yang terbuka, Ini masa tuk berkabung, Berkabung demi cinta yang kau kuburkan..

Mampu Terdiam

Kenapa kau sering menemani diri ini, Tatkala dunia ku sunyi, Tapi mengapa kau tidak pernah mendekati? Mungkin aku pernah melukai, Mungkin aku yang tak pernah menghargai, Adakah tiada harapan lagi? Mengapa kenangan lama ketika bersama sukar tuk dilupa? Mengapa hanya kenangan itu semua membuat rasa gembira? Mengapa mengingati kenangan itu juga aku menjatuhkan air mata? Apa yang harus aku lakukan, Saat kau muncul dalam fikiran? Hanya mampu terdiam dalam tangisan yang dipendam...
Setelah lebih 11 tahun aku tinggalkan sekolah rendah, Banyak sudah yang berubah, Dulu, itu aku punya bilik darjah, Oh, itu dulu tempat aku beriadah. Duduk di atas kerusi kantin yang panjang, Memandang sekeliling bait-bait kenangan, Rindu ku hanya terpamer melalui senyuman. Susuk ku yang kecil atau mungkin sederhana besar, Fizikal yang tidak banyak beza, Menyebabkan aku mudah dikenali paras rupanya. Beliau itu dulu guru kelas aku, Ohh, itu teacher yang ajar aku masa darjah satu, Merenung dan meneliti, Dan beliau menyedari dan seperti masih mengenali diri ini, Mungkin nama saja sudah dilupai. Aku menghampiri–  Tangan yang dulu licin mulus, Kini, tangan yang dicium itu sudah berkedut kurus, Namun, gagahnya insan bergelar guru, Sangat ku sanjungi selalu. Perasan apa ya, Seperti nangis tapi gembira, Rindu yang tidak terkata, Terima kasih yang tidak terhingga, Tanpa pendidik seperti mereka, Siapalah aku di atas menara. Kadang kadang pahit meninggalkan ken...

Gaji pertama

Image
Banyak-banyak tempat kerja yang pernah aku kerja, Inilah yang paling lumayan hasilnya, Dan aku panggil ia, gaji pertama. Gaji pertama, Tak usah ditanya, Tidak lah besar mana, Lagi dengan merosotnya ekonomi Malaysia, Apa je la yang ada. Tapi, Aku pasang niat dari mula lagi, Separuh gaji pertama ini, Akan ku beri kepada mereka, Kedua orang tua ku yang ku sayangi. Ternyata, Aku bukan anak yang baik sebenarnya, Aku masih berkira-kira untuk ku beri kepada mereka, Namun, harus ku tepis itu semua, Buatlah seperti yang dirancang pada mula. Moga moga separuh gaji pertama yang aku laburkan kepada kedua ibu bapa, menambahkan lagi rezeki yang ada.. Ini dia... Tuk emak tercinta... Lepas ni bolehlah emak berwassapan dengan adik beradik dia.. Ayah,, mampu ku beri wang hadiah cuma. Ini ja mampu.. Harap mak suka.. Selamat belajar guna mak.. Love you..

Mimpi

Indah sekali ya kamu temani ku malam tadi, Sehingga senyum mu masih dirasai, Bahagianya hingga terbawa ke realiti, Walaupun cuma mimpi, Cukup buat aku tersenyum sendiri, Tatkala bersendirian dinihari. Indah sekali ya kamu mimpi, Membuatkan aku masih meletakkan harapan yang tinggi, Masih mengharap kau menjadi realiti. Tapi, Bila aku pusing sekali lagi, Kau tidak serupa tadi mimpi, Aku patut kekalkan senyuman ini, Namun, aku harus lupakan harapan yang diimpi. Mimpi, Aku hanya mampu menemui mu di ruang fantasi, Tatkala rindu menerpa hati, Kau hadir mengisi ruang kosong ini. Mimpi, Membahagiakan sementara cuma yang pasti, Kau masih menjauhi.

hye kawan!

Aku biarkan masa menelan kenangan yang sering membuai perasan, Mencari kekuatan memandang kau cuma sebagai teman ataupun kawan. Hye kawan! Aku bertanya khabarnya kamu, Kerna aku rindu, Mengetahui kau baik-baik selalu, Jadi, tak perlu aku risau ragu. Mungkin kali kau tidak memandang aku, Apatah lagi mahu bicara tentang aku temannya kamu, Aku biarkan kau dan rasa benci yang kau ukiri, Sekurang-kurangnya, Aku masih bersyukur kalau kau pernah menemani diri ini, Tatkala sunyi, Tatkala dunia ku sepi. Semoga kau baik-baik saja teman......

fiancé

Aku tulis pasal ini sebab, pagi tadi, ada pekerja Nepal ni, dia tanya aku, "you satu, atau dua,, apatu, you ada men?" Aku jawab lah, "I tak kahwin lagi tapi sudah ada fiancé. " Pekerja Nepal tu pun geleng kepala tanda faham, kemudian, terus sambung kerja dia. Belakang dia aku punya senyum kambing sampai Kak Ju pelik tengok aku.. Dalam hati ini punya rasa nak gelak guling guling.. Hai laa Waznah.. Siapalah sanggup ambik kau jadi partner forever dia.. Mana lah ada orang betul betul serious nak dengan kau. Kau tunggu lah sampai andartu.. Eh, eh, eh... Emm, tapi selama pengalaman kerja ni, ramai kot aku jumpa anak dara tua, bujang tua, sampai aku rasa nak jadi agen penemu jodoh.. Muka cantek cantek, single. Laki duit banyak, single. Nasib aku bukan perempuan pandang harta.. Tapi, adakah aku juga bakal macam mereka? Ah, biarlah... Aku cuma teringat dia saat mulut aku melontarkan kata kata, 'aku sudah ada fiancé...'

😩

Keep them warm;        But now, I 'm getting cold... How long can I stay? Pretending to be strong enough...