Gelaran
Bila dah duduk sorang sorang, baca, belek semula kenangan lama, macam macam gelaran pernah aku dapat. Dari segi nama aku tu pun, dah macam macam gelaran aku ada. Nama penuh aku Nurul Waznah. Family members, jiran-jiran, teman sepermainan, mereka biasa panggil aku Nurul. My special aunt je, sorang ni je selalu panggil aku, Nah tapi kadang kadang tu, Nurul juga lah dia panggilnya aku. Nama ke dua aku ni, memang ramai yang payah nak sebut. Waznah. Biasa orang luar panggil akan jadi, Maznah, Wana, Waima, Waza, dan entah la. Banyak sangat. Member member , aku memang biasakan diaorang panggil aku Waz, ataupun Was. Suka korang lah. Cuma, seorang je kawan sekolah aku yang panggil aku lain daripada lain. Dia, the only one panggil aku Wawa. Aww, sweet dulu nama ni pada dia. Dulu lah,, sekarang... Takpe lah. Simpan dulu kisah sedih tu. So then, macam tu lah. Gelaran aku dari segi nama.
Gelaran dari segi lain, aku dapat mungkin daripada penilaian mereka lah tentang fizikal, tingkah laku dan sebagainya. Aku mula dari zaman sekolah rendah. Sekolah rendah dulu, aku ingat aku pernah dapat gelaran monyet. Siot punya ikhwan, ejek aku sampai nangis. Dah besar ni, bila jumpa gelak gelak je. Tapi kalau datang gila dia, kena setepek aku, monkey. Aduii.. Siot betul. Aku juga pernah dapat gelaran itik. Aku dapat gelaran tu masa aku sekolah menengah, my bestie indian girl, Vijayashanti yang suka sangat panggil aku itik. Dia cakap aku ni banyak mulut macam itik. Alahai.. Actually, sampai sekarang pun dia still panggil itik. Kalau kacau dia sikit kat FB mula lah buka cerita lama. Rindu. Serious rindu zaman sekolah tu dulu. Arwah Saufi Sulaiman pun pernah ejek aku tomboi la, minah gebang la, macam macam. Arwah ni, sep sep ikhwan gak. Antara manusia manusia yang suka buli emosi aku.. Haha.. *Al-Fatihah jap tuk beliau* Pendek, kecik, bantut, almost semua orang gelarkan aku itu. Aku rasa 150cm tinggi apa.. Bawah 150cm baru lah pendek, kecik, bantut.. Haha.. *perasan nak tinggi*. Then, masuk sekejap zaman kerja selepas SPM, aku ingat lagi kata-kata mambang yang nak usya aku tapi dia rasa dia tak layak dengan aku. Dia kata, 'aku ni gadis idaman lelaki sekarang. Susah dah nak cari perempuan macam aku'. Dalam hati aku, aku rasa berlambak je lagi perempuan baik, lebih baik daripada aku pun ramai tapi kata kata dia tu, aku lebih anggap sebagai satu doa lah agar aku menjadi lebih baik dan terbaik. Kalau cakap pasal gelaran ni, pelbagai dah gelaran aku dapat. Cerita 3 hari, 3 malam pun entah habis ataupun tak cuma, yang aku cerita di entry ni, yang memberi kesan besar lah dalam hidup aku selama ni.
Baru tak baru lah, junior aku dari Morocco, dia cakap aku ni, 'different with other malayan girl. She's said that I am like typical Asian girl, pure Malay which, soft, well-mannered but tough and strong'. Kata kata junior ni pun, buat aku sayang budaya aku sendiri. Even I'm not pure malay because I'm Javanese descent, but, I still taking care my culture. Tak banyak beza pun budaya Melayu dan Jawa, serumpun katakan, yang penting adab adab tu jaga. Orang melayu kan penuh adab sopan dan tatasusila nya. Jadi, jaga. Paling best gelaran yang pernah aku dapat, Miss Universe. Yuu huu.. Itu,, anak anak papa Razak Zakariya je yang gelarkan aku begitu. Mereka lah members pergi sampling, mereka lah peneman susah senang, jatuh bangun siapkan fyp. Mereka je tahu kenapa gelarkan aku MU. Haha...
*****
Sebenarnya, si Didi, my bestfriend ever ni baru je gelarkan aku the Queen of Typo semalam. Jadi, dia lah pencetus utama aku menulis entry kali ni.. Haha...
Comments
Post a Comment