Bahtera Cinta,, kononnya...

Sudah bersediakah?

Aku bayangkan sebuah perkahwinan itu ibarat membina sebuah bahtera,
Bermula dengan lakaran bahtera itu sebesar dan seindah bagaimana,
Kemudian pemilihan bahan-bahan dan alatan-alatan apa,
Asas atau kerangka bahtera itu sekukuh dan sekuat mana,
Layar yang bakal dilabuhkan membawa atau menuju destinasi di mana...

Selama pelayaran,
Tidak akan selalu menghadapi hari-hari cerah dan aman,
Dan lautan tidak selalunya tenang.

Apakah akan terkandas di tengah lautan?
Apakah bahtera pecah dipukul ombak gelombang?
Apakah layar terkoyak dipanah bucuan? 
Sudah tersediakah kapal kecemasan?
Cukupkah peralatan keselamatan?

Atau,

Kau bakal hanyut dan tenggelam di tengah lautan yang dalam?

Bukan usia pengukur kematangan,
Bukan nafsu dan dendam pengikat hubungan,

Tetapi,

Jiwa yang bersedia penuh ilmu dan pengetahuan,
Ikhlas dan redha menerima segala ketentuan.



*****
Aku tak kisah bila ditanya, bila?
Kerna aku lebih tahu bila aku bersedia,
Kerna sebelum aku berangan-angankan bahtera aku,
Aku sudah bertemu ramai andartu,
Janda juga tidak kurangnya,
Begitu juga bujang tua.

Aku tidak bertanya kenapa mereka tidak membina bahtera,
Kerana,, dari mata,
Cukup aku menilai sesuatu yang tidak harus aku perkata,
Aib aib yang tidak perlu dibuka,
Cukup saja sekadar aku ambil sebagai teladan dan simpan sebagai panduan.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December