Penghormatan
Kecintaan,
Aku tidak tahu nilai kecintaan,
Sebelum mahupun selepas pernikahan,
Apa yang aku sedar dari penglihatan,
Ianya bukan sekadar perkataan cinta penuh perasaan,
Atau berpegang tangan,
Tapi,
Ianya satu Penghormatan penuh kesederhanaan.
Cinta,
Tanpa rasa hormat antara bersama,
Binasa.
Kerna,
Nanti bila tiba saat kematian,
Kau hanya dapat ku tatap dari sudut pandangan,
Yang sudah bersih penuh kesucian bagi menghadap Tuhan,
Tiada lagi untukmu kucupan,
Melainkan sentiasa disisi dengan peruh rasa penghormatan,
Sehingga permergian mu lenyap dari redup penglihatan.

*****
Aku tidak mampu merasa lebih apa yang nek su rasakan saat permergian atok su hari ini. Wajah penuh senyuman menutup segala kesedihan. Sungguh redha dengan ketetapan Tuhan. Cukup tenang menerima qada' qadar yang sudah ditetapkan. Apapun, semoga atok su tenang di sana dan sentiasa rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aammin.
Comments
Post a Comment