datang dan pergi

Hari ini, kak Lashini last day kerja. Satu-satunya orang yang paling banyak aku berurusan dalam kerja terutama berkaitan invoice, DO and PO. Orang tengah accounts dept dan purchasing dept, aku lah. Setakat ni, tiada lagi pengganti dia. Now, purchasing dept kosong. Risau juga aku. Sabtu ini, Marlina juga last. Sabtu depan, aku last pula. Pergh, terbaik ar. Dah boleh prepare lah ucapan terakhir nak cakap apa. Hehe.

Selama 5 bulan lebih aku buat kerja-kerja account, alhamdulillah, tidak ada masalah yang serious malah, hasil kerja aku pun alhamdulillah tersusun dan agak memuaskan hati. Komen daripada HOD pun , nice and positive. 'Fast learner'. Alhamdulillah. Bukan aku tak nak bertahan lebih lama tetap aku tahu batas aku di mana dan aku tahu minat dan hati aku itu apa. Being an accountant and all those experience and knowledge are so precious and I really appreciate it. What so proud on myself, I can do the work which, at first I think I can't. Alhamdulillah.

Ok.. Dengan sisa sisa hari yang ada ini, aku cubalah backup sikit kerja purchasing, selesaikan semua kerja kerja aku untuk audit, selasaikan segala tugasan tugasan terakhir yang ada. Kata-kata semangat masih lagi tertulis di ruang calendar. Sentiasa lagi memujuk hati bertahan dan bersabar saja. Setiap yang dilalui itu, pasti ada hikmahnya.

*****

Aku biarkanlah gambar gambar last day kak Lashini bersemadi dalam ni.





*****
Di setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Perpisahan bukanlah satu yang menyakitkan,
Tetapi sesuatu yang mematangkan,
Bagi orang-orang yang mengambil ikhtibar di setiap detik pertemuan.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December