Diamnya aku...
Aku bertafakur sebentar,
Berfikir-fikir salah kah aku,
Aku sekadar mencuba,
Sudah pun mencuba,
Mencuba mencari peneman yang setia,
Yang sentiasa ada saat suka dan duka,
Kalau kau kata aku suka mendiamkan diri dan seperti tidak pernah berusaha,
Sia-sia sajalah apa yang telah aku cuba.
Namun, kau juga tidak lagi berusaha,
Membiarkan aku terus pergi bersama hati yang lara,
Aku bersangka-sangka,
Kau telah mengorak langkah,
Melupakan segala yang tersisa,
Kerna,
Kau terus mendiamkan diri tanpa khabar berita.
Aku juga berkira-kira,
Mungkin juga kau sudah bahagia,
Cukup bahagia,
Tanpa hadirnya aku bersama.
Dalam tak sedar,
Kau telah mengajar aku,
Mengajar aku hidup bahagia tanpa kau bersama.
Jadi, setakat ini saja kah rasa cinta yang telah kau perkata?
Aku kau tahu lelahnya menanti, tetapi kau tetap juga meminta untuk aku menunggu, kalau aku betul-betul menunggu, tanpa aku beritahu, kenapa kau kecewa, hanya berdiam diri dan tidak lagi berusaha, terus meyakinkan aku cinta yang kau telah perkata...

Comments
Post a Comment