tak sempurna seperti kita
Aku gembira hari ini, terlalu gembira,
Sehingga terasa ingin menyanyi alunan irama cinta,
Dan, terasa juga ingin menari pelbagai rentak dengan sepenuh jiwa.
Aku bersyukur kalau Tuhan masih lagi memberikan aku nikmat bahagia,
Bahagia yang aku rasa orang lain pandang itu gila,
Ya, aku bahagia,
Bahagia dengan angan-angan yang aku cipta,
Salahkah kau rasa?
Hati satu lagi bicara,
Tak salah tapi kau akan lebih parah terluka dan berdarah,
Dengan angan yang akan buat kau terus kecewa,
Jika kau tahu hal yang sebenarnya.
Mungkin dia yang pernah ada saat sunyi menyapa,
Tapi dia ada tak lama dan tak akan selamanya,
Kehadiran kau mungkin juga sudah menyusahkan dia,
Kau harus berhenti dan tak perlu buat dia tersiksa.
Aku tertunduk hiba,
Ya, aku ingin pergi tapi entah kenapa diri ini masih degil,
Berdegil untuk tidak melepaskan,
Berapa banyak kali aku menipu diri ini, cuba menjauh dan pergi,
Aku tak tahu kenapa aku masih kembali,
Kembali menanti.
Mungkin aku terlalu bodoh sehingga gagal menilai dia dari sudut hati,
Aku yang mungkin tidak cuba berbicara pasti,
Walau ramai yang sudi akan diri ini,
Hati,
Hati ini hanya untuk dia yang mengerti.
![]() |
| Tak mampu aku menyempurnakannya... |
*****
Tadi, berangannya nak buat komik, dah lama tak melukis gambar gambar cartoon, anime ke, bila lukis dan lukisannya dah jadi macam tu, malas lah dah... Saja je mencari semula ilmu seni lukisan dulu.

Comments
Post a Comment