I rasa macam nak kill you laa..
Posts
Rasa
- Get link
- X
- Other Apps
'Aku biarkan kau ada untuk aku rasa, Sebenar-benarnya rasa itu bagaimana' Dengan kerendahan hati melihat dia, Aku tahu rasa ini lebih dari yang aku sangka, Dan, perasaan ini lebih hebat dari apa yang aku jangka. Cuma, Bila ego lebih berkuasa, Rasa benci menyelubungi jiwa, Hilang impian yang diimpi semuanya, Ke tepi kan semua rasa, Dan kau, sudah tiada makna. Adakala aku rapuh kerna aku juga punya rasa cemburu yang aku selindungkan disebalik hati batu yang tak bernyawa.
Kenangan itu
- Get link
- X
- Other Apps
Berada di satu tempat dimana kenangan itu tercipta, Membuatkan aku tersenyum dan leka, Mengingati memori lama. Rindu. Situ yang dulu bising dengan gelak tawa, Situ yang dulu masing-masing berwajah ceria, Berusaha mengikat hubungan mesra, Kini, Hanya cemercip suara unggas memecah keheningan, Aku cuba mengorek kembali apa yang pernah tersimpan dalam memori ingatan. Oh, Aku ingat masa masuk lab itu kali pertama, Aku ingat persoalan yang timbul dalam hati aku masa nampak dia, Aku tertanya-tanya, Dia ke ketua, kenapa dia, dah ada perlantikan ke, Sebenarnya tiada perlantikan pun, Tapi, dia rasa dia punyai tanggungjawab atas kami semua, Jadi, dia rela. Cerita, Tak akan habis untuk bercerita saat kali pertama mengenali semua, Ada yang sangat ramah dan mesra, Ada yang malu-malu tapi teruja, Ada yang sombong tapi ambil kisah je, Ada yang diam tapi pandai buat kerja, Ada yang bising, habuk pun takda. Semua kenangan lama. Melalui, Saat-saat kita mula bersa...
Sihat Semula Tau Zuera
- Get link
- X
- Other Apps
Sesampai di rumah, Tanpa membuang lagi beg pakaian, Aku dikhabar akan perihal kesihatan mu, Gugur jantung ku seketika waktu. Pagi kelmarin, Kali pertama aku applied ilmu memasak bubur yang pernah aku belajar dari kawan ku, Pa’in. Bubur special penuh kasih sayang ku buat khas untuk mu. Sekian lama tak berjumpa, Dek kerana waktu yang sering mencemburui kita, Kini, tak sangka, Kesihatan dan berat badan mu semakin susut. Sebak hati ini melihat diri mu sahabat. Tapi, aku bangga, Kau punya kekuatan yang tinggi, setinggi langit di angkasa, Kau punya semangat yang tiada tolok bandingnya. Punyai sakit misteri dan rahsia, Yang di mana kabur segala punca, Tetapi, fizikal diri pula menjadi mangsa, Namun, kau tetap tabah menghadapinya. Hari ini, Melihat senyuman mu, Ku yakin kau mampu sembuh seperti sediakala, Siapapun yang menganiaya, Aku tahu kau punya hati yang mulia, Maafkanlah saja dia. Anggap jugalah ini dugaan daripada-Nya sebagai sa...
to vindictive
- Get link
- X
- Other Apps
Aku sering tertanya-tanya, Kalau kau tu cuma dugaan tuk aku semata-mata, Yang hanya memberi kebahagiaan sementara, Atau kah sebenarnya, Kau memang pemimpin aku bukan tuk di dunia sahaja, Tapi sampai ke syurga. Aku tahu kalau sejarah silam memang sukar dilupakan, Masih menyimpan dendam itu antara kau dengan Tuhan, Pohon kurniakan hati penuh kemaafan, Atau biarkan saja dihasut syaitan. Aku punya impian, Dan aku tak perlukan pendendam tuk bersama aku, Aku cuma inginkan seseorang yang tulus ikhlas menerima aku, Juga mencintai aku dengan sepenuh hati. Aku punya perasaan yang aku kata itu hadiah daripada Tuhan.
Perubahan
- Get link
- X
- Other Apps
'Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, wolves in sheep clothing etc. Antara punca-punca kejatuhan Islam itu sendiri adalah apabila umat Islam mula memandang rendah akan segala tanggungjawab sebagai hamba Allah dan lantas, memandang remeh segala hukum agama yang telah di tetapkan oleh Allah. Nauzubillah. Kepura-puraan dan kemalasan menuntut ilmu serta mudah berasa selesa atas sesuatu pencapaian'. hhmmm... Tidak suka aku memandang orang lain kerana pada aku susah untuk menilai orang lain. Diri sendiri, ya, aku menilai diri ini sentiasa dalam kekurangan dan kejahilan. Makin aku cari makin aku malu akan diri sendiri kerana selama ini banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui dalam MALAS untuk aku pelajari. Kalau aku pelajari pun, ianya tidak tersimpan pun di lubuk hati dek tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari. What a shame! Baru-baru ni, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, mengizinkan aku berada dal...
Secebis Kenangan di Taman Sinar Harapan
- Get link
- X
- Other Apps
Bersendiri di ‘library’ pagi ini dengan suasana yang dingin dan tenang, hanya suara dari ‘aircond’ sahaja yang memecah kesunyian. Terdetik pula di hati ingin menulis sesuatu yang mungkin boleh aku katakan ianya adalah perkara yang baru dalam hidup aku. Pada hari Ahad, 28 Februari 2015 Masihi bersamaan 9 Jamadil awal 1436 Hijrah yang lalu, aku telah menyertai satu program yang diberi nama Bakti Siswa, anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah membawa aku ke Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu iaitu satu pusat penjagaan kanak-kanak OKU (orang kurang upaya). Lebih kurang jam 8.30 pagi, kaki aku telah pun berada di hadapan pagar pusat penjagaan tersebut. Dalam hati tercalit satu rasa yang sukar untuk aku mengertikan, senyuman yang aku ukirkan pagi itu terasa sungguh menyampahkan, plastik. Kaki melangkah perlahan dan kemudian terus ke dewan untuk sesi taklimat yang bakal disampa...