Cintaku...

Love. I don't know how love's feel. Since I met you, now I know, I was falling love.

Sebelum ni aku ada la suka seseorang tetapi orang yang aku suka tu tak pernah membalas. Banyak kali. Jadi, bila tiba ada orang suka aku, aku pun buat tak tahu je la. Alasan selalu aku bagi tahu dekat kawan aku, aku malu; padahal aku cuma tak ada feel. Walaupun begitu, aku masih layan dengan baik orang-orang yang suka aku sebagai satu penghargaan. Kali pertama aku couple, dengan seseorang yang sangat matang dan baik, tua setahun dari aku, tapi sayang aku tak ada feel sangat pun terhadap dia. Antara sebabnya, dia selalu berjauhan dengan aku. Cinta jarak jauh. Tapi hadiah daripada dia aku masih simpan dan adakala menjadi peneman dikala malam. Pink Teddy. Akhirnya, dia yang memutuskan untuk berpisah dengan alasan yang munasabah. Aku dengar dan terima alasan dia tapi aku tak ikut pun nasihat dia. Kata-kata dia, "...couple itu haram, jadi, kita putus ye."

Kemudian aku couple lagi dengan seorang hamba Allah ni. Dan sebenarnya, inilah kali pertama aku suka seseorang kemudian 'cinta berbalas' orang kata dan waktu tu aku tingkatan tiga. Aku suka seorang budak kelas aku. Well, orangnya sangat cool juga bijak dan setahun lebih berkenalan dengan dia, tingkatan 4, kami couple. Perkenalan yang agak lama aku rasa tetapi tak sampai sebulan kami break. Biasalah, budak lagi time tu. Namun, couple kali ke dua ini sebenarnya mengajar aku banyak benda. Antaranya, AppreciationHonesty and Loyalty. 

Dua insan inilah antara orang yang berani minta couple dengan aku, done berkenalan dengan family aku but the rest, hanya cakap, suka tapi macam tiada usaha. Well, bukankah wanita lebih suka jika seorang jejaka mencintai dia dan nakkan dia lebih dari kita (wanita) nakkan mereka? 

Selepas couple dan putus kali ke dua, aku single dalam tempoh masa yang agak lama, lebih 4 tahun juga. Dalam kesunyian ini, aku lebih banyak belajar tentang agama, berusaha mencari cinta Yang Esa. Walaupun single, aku akui dalam waktu ini aku sebenarnya mencintai seorang hamba Allah ini tanpa aku berkata kepada sesiapa. Diri dia masih menjadi rahsia. Siapa, bila, di mana, bagaimana, apa, semua tentang dia adalah rahsia. Sesiapa boleh meneka, tetapi kepastian hanya pada Allah sahaja. Kerana Allah saja lah yang mengetahui segala isi hati.

Ini adalah kali pertama aku merasakan cinta. Betul-betul cinta, cinta yang sesungguhnya tetapi sebenarnya aku masih berusaha membentuk cinta berdasar dan bersandarkan juga cinta kepadaNya. Aku tahu Allah menghadiahkan rasa cinta ini agar aku terus belajar, belajar dan belajar tentang rasa. Aku akui kelemahan aku memang pada rasa. Allah menduga hambanya sesuai dengan kemampuannya. 

 "......Allah tidak memberati seseorang melainkan sesuai dengan (kekuatan) yang diberikan Allah kepadanya....."
(Ath Thalaaq : ayat 7)


Bertanyakan cintaku, aku berusaha sedaya yang mampu dan seterusnya aku hanya perlu serahkan kepada Tuhanku. Cinta dan jodoh pun macam pokok juga, tidak akan tumbuh jika tidak dijaga benih semaian dengan air dan baja serta matahari yang secukupnya. Begitu juga cinta, perlu juga usahanya bukan berserah sahaja.

Baiklah, sekian saja wahai cinta; pencinta semua. Aku tak pasti kalau aku mampu menyambung cerita Cintaku ini. Ada umur yang panjang, in shaa Allah kita ketemu lagi.







Bercintalah seperti orang yang beragama...


Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December