Independent

Mencintai dia,
Menjadikan aku seorang yang pendiam secara tiba-tiba.

Mencintai dia,
Menjadikan aku seorang yang ceria disebalik duka.

Mencintai dia,
Menjadikan aku seorang yang menerima sahaja di dalam luka.

Mencintai dia,
Menyedarkan aku indahnya cinta walau sering menjatuhkan air mata.

Mencintai dia,
Mendidik aku supaya sentiasa bersedia, tidak hanya bergantung pada dia tapi pada Yang Kuasa.

Mencintai dia,
Mengajar aku utamakan cinta Yang Esa daripada manusia.

Mencintai dia,
Mengingatkan aku bersederhana dalam bercinta kerana manusia akan kembali semula kepada Pencipta.

Mencintai dia,
Tidak ku kenal erti putus asa.

Mencintai dia,
Aku bebas ke mana-mana tetapi tetap setia.


give life what I wanted.

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December