Aku sebenarnya kehilangan kekuatan, Hanya mampu menangis merintih pada Tuhan, Ternyata hidup tidak semudah yang direncanakan, Kerana Tuhan lebih tahu apa yang hambaNya perlukan. Entah ke mana perginya kesabaran, Yang sering dipujukkan, Oleh hati yang sering ditabahkan. Baik perancangan manusia, Baik lagi perancangan Tuhan, Apa lagi yang boleh diperkatakan, Terima saja lah takdir Tuhan. Walaupun aku pendosa yang sering kelupaan, Tuhan masih lagi berikan pinjaman, Dengan segala macam yang tidak perlu untuk aku senaraikan. Keaiban yang disembunyikan, Sering melemahkan segenap iman, Setiap kali memohon keampunan, Setiap kali itu ketandusan. Moga aku diberi nafas baru oleh Tuhan, Menjalani liku liku kehidupan, Walau dalam kesakitan dan keperitan, Diberi kegagahan untuk terus melangkah ke hadapan. Apa yang aku harapkan, Keharmonian dan kebahagiaan, Rohani dan jasmani, Duniawi serta ukhrawi.
Posts
Selamat Pengantin Baru, Abang
- Get link
- X
- Other Apps
Tahniah abang Pejam celik pejam celik, a ku sudah punya kak ipar. Pada mulanya, r asa canggung juga sebab dia tu da la satu-satunya abang aku. Teman gaduh, teman menyakat, teman segala macam laa. Aku rasa, impian aku dulu nak ada seorang kakak sudahpun tercapai. Tapi, macam mana nak layan tu, nampaknya masih tak ada rentak lagi. Masih biasa-biasa je. Haish.. entah la. haha.. 'Alaa,, lama-lama nanti ok laa tuu.. Mula-mula ni, biasalah.' Bak kata kawan-kawan aku la. Aku rasa tidak terlambat lagi untuk ucap Tahniah kepada Abang dan suri hatinya, Nurul Asilah Binti Mahmood. Setelah segala macam dugaan dia ditempuh, akhirnya... berjaya juga mendirikan sebuah masjid. Boleh laa. Akhirnya.. Alhamdulillah. So, impian abang tahun ni untuk beraya ada isteri, tercapailah. Mudah-mudahan. Yelah, ajal jodoh, pertemuan perpisahan pada kuasa Tuhan. Moga yang baik-baik saja lah buat mereka. Apa lagi hendak aku coretkan. Agak canggung untuk menaip barisan ayat setelah lama t...
2017
- Get link
- X
- Other Apps
Satu permulaan yang sungguh meletihkan, Menyedihkan, Tiada kata dapat mentafsirkan, Segalanya terbuku di benak dan fikiran. Seperti hilang semua perasan, Melalui jalan-jalan yang penuh kepura-puraan, Dan kepalsuan. Segala pengorbanan yang dilakukan, Entah apa 'hadiah' yang bakal ditawarkan, Tetapi aku pasti janji Tuhan, Kegembiraan selepas kesabaran. Entah bila sanggup bertahan, Dalam dunia penuh kekejaman, Kepimpinan yang tiada perikemanusiaan, Adakah ini takdir Tuhan untuk umat akhir zaman? Menumpang kasih meminta kekuatan, Tetap juga ditinggalkan, Mana mungkin dapat bertahan, Masing-masing punyai haluan. Kehidupan yang sukar dinoktahkan, Membuat aku terus berjalan, Mencari redha Tuhan, Walau sering tandus di tengah jalan, Dipaksa bangkit memperteguh iman, Moga Tuhan masih lagi punyai belas kasihan, Untuk sekian insan.
December
- Get link
- X
- Other Apps
December, Haiii... I guess it's a little late to say hi but, unfortunately I still wanna say hi. Actually, I'm very sad today. Saying hi probably would cover up the sadness inside. There's many things happening in my life right now. Despite that I still playing hard to keep or staying positive, be patient and learning every single moment happened. Too tired to pretend but, still learning more. What could I say, you still my piece of strength, whenever I'm sad, I'm still thinking of you. It's never old.
HB
- Get link
- X
- Other Apps
Happy birthday.. Those two words that I really want to wish you. I really thankful to Allah because gave me chances to know you, You taught me such many things, I miss all the moments were so called "together", I am the person who ruin everything, Either it's about ego or been afraid to express my feeling, Feeling 'something' that I always try to hid, 'Something' that I always try to deny, When there's unplanned happened, All were destroyed. ***** Apapun, semoga panjang umur, murah rezeki sihat selalu. Semoga sentiasa diberkati dan dipermudahkan segala urusan olehNya serta berjaya dan bahagia dunia akhirat. Aamiin.
Beku
- Get link
- X
- Other Apps
Terlalu banyak perkara yang berlaku, Sehingga aku tak tahu apa yang perlu. Entah, Aku terasa kaku, Untuk setiap masa yang berlalu, Sehingga menjadi keras dan beku, Tinggal tunggu sehingga tidak mampu tercantum menjadi satu. Belum ditanya tentang keliru, Haru biru dunia ku, Sakit sampai menusuk kalbu, Menahan sayu, Ingin saja dibiar roh ditiup bayu, Meninggalkan setiap sisa rindu.
Penghormatan
- Get link
- X
- Other Apps
Kecintaan, Aku tidak tahu nilai kecintaan, Sebelum mahupun selepas pernikahan, Apa yang aku sedar dari penglihatan, Ianya bukan sekadar perkataan cinta penuh perasaan, Atau berpegang tangan, Tapi, Ianya satu Penghormatan penuh kesederhanaan. Cinta, Tanpa rasa hormat antara bersama, Binasa. Kerna, Nanti bila tiba saat kematian, Kau hanya dapat ku tatap dari sudut pandangan, Yang sudah bersih penuh kesucian bagi menghadap Tuhan, Tiada lagi untukmu kucupan, Melainkan sentiasa disisi d engan peruh rasa penghormatan, Sehingga permergian mu lenyap dari redup penglihatan. ***** Aku tidak mampu merasa lebih apa yang nek su rasakan saat permergian atok su hari ini. Wajah penuh senyuman menutup segala kesedihan. Sungguh redha dengan ketetapan Tuhan. Cukup tenang menerima qada' qadar yang sudah ditetapkan. Apapun, semoga atok su tenang di sana dan sentiasa rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aammin.