2017
Satu permulaan yang sungguh meletihkan,
Menyedihkan,
Tiada kata dapat mentafsirkan,
Segalanya terbuku di benak dan fikiran.
Seperti hilang semua perasan,
Melalui jalan-jalan yang penuh kepura-puraan,
Dan kepalsuan.
Segala pengorbanan yang dilakukan,
Entah apa 'hadiah' yang bakal ditawarkan,
Tetapi aku pasti janji Tuhan,
Kegembiraan selepas kesabaran.
Entah bila sanggup bertahan,
Dalam dunia penuh kekejaman,
Kepimpinan yang tiada perikemanusiaan,
Adakah ini takdir Tuhan untuk umat akhir zaman?
Menumpang kasih meminta kekuatan,
Tetap juga ditinggalkan,
Mana mungkin dapat bertahan,
Masing-masing punyai haluan.
Kehidupan yang sukar dinoktahkan,
Membuat aku terus berjalan,
Mencari redha Tuhan,
Walau sering tandus di tengah jalan,
Dipaksa bangkit memperteguh iman,
Moga Tuhan masih lagi punyai belas kasihan,
Untuk sekian insan.
Menyedihkan,
Tiada kata dapat mentafsirkan,
Segalanya terbuku di benak dan fikiran.
Seperti hilang semua perasan,
Melalui jalan-jalan yang penuh kepura-puraan,
Dan kepalsuan.
Segala pengorbanan yang dilakukan,
Entah apa 'hadiah' yang bakal ditawarkan,
Tetapi aku pasti janji Tuhan,
Kegembiraan selepas kesabaran.
Entah bila sanggup bertahan,
Dalam dunia penuh kekejaman,
Kepimpinan yang tiada perikemanusiaan,
Adakah ini takdir Tuhan untuk umat akhir zaman?
Menumpang kasih meminta kekuatan,
Tetap juga ditinggalkan,
Mana mungkin dapat bertahan,
Masing-masing punyai haluan.
Kehidupan yang sukar dinoktahkan,
Membuat aku terus berjalan,
Mencari redha Tuhan,
Walau sering tandus di tengah jalan,
Dipaksa bangkit memperteguh iman,
Moga Tuhan masih lagi punyai belas kasihan,
Untuk sekian insan.
Comments
Post a Comment