Aku sebenarnya kehilangan kekuatan,
Hanya mampu menangis merintih pada Tuhan,
Ternyata hidup tidak semudah yang direncanakan,
Kerana Tuhan lebih tahu apa yang hambaNya perlukan.
Entah ke mana perginya kesabaran,
Yang sering dipujukkan,
Oleh hati yang sering ditabahkan.
Baik perancangan manusia,
Baik lagi perancangan Tuhan,
Apa lagi yang boleh diperkatakan,
Terima saja lah takdir Tuhan.
Walaupun aku pendosa yang sering kelupaan,
Tuhan masih lagi berikan pinjaman,
Dengan segala macam yang tidak perlu untuk aku senaraikan.
Keaiban yang disembunyikan,
Sering melemahkan segenap iman,
Setiap kali memohon keampunan,
Setiap kali itu ketandusan.
Moga aku diberi nafas baru oleh Tuhan,
Menjalani liku liku kehidupan,
Walau dalam kesakitan dan keperitan,
Diberi kegagahan untuk terus melangkah ke hadapan.
Apa yang aku harapkan,
Keharmonian dan kebahagiaan,
Rohani dan jasmani,
Duniawi serta ukhrawi.

Comments
Post a Comment