Posts

datang dan pergi

Image
Hari ini, kak Lashini last day kerja. Satu-satunya orang yang paling banyak aku berurusan dalam kerja terutama berkaitan invoice, DO and PO. Orang tengah accounts dept dan purchasing dept, aku lah. Setakat ni, tiada lagi pengganti dia. Now, purchasing dept kosong. Risau juga aku. Sabtu ini, Marlina juga last. Sabtu depan, aku last pula. Pergh, terbaik ar. Dah boleh prepare lah ucapan terakhir nak cakap apa. Hehe. Selama 5 bulan lebih aku buat kerja-kerja account, alhamdulillah, tidak ada masalah yang serious malah, hasil kerja aku pun alhamdulillah tersusun dan agak memuaskan hati. Komen daripada HOD pun , nice and positive. 'Fast learner'. Alhamdulillah. Bukan aku tak nak bertahan lebih lama tetap aku tahu batas aku di mana dan aku tahu minat dan hati aku itu apa. Being an accountant and all those experience and knowledge are so precious and I really appreciate it. What so proud on myself, I can do the work which, at first I think I can't. Alhamdulillah. Ok.. Deng...
Aku sedar kalau aku itu tak layak untuk berasa cemburu, Aku cuma hamba yang tak punya apa, Sedang dia milik Sang Pencipta. Namun, aku cuma insan biasa, Tak pernah sempurna, Dan tidak akan selamanya berdiam tanpa kata, Kerna, sakitnya tetap juga terasa, Itu juga kerana aku sudah cinta. Atau, aku kah yang seharusnya tidak perlu ambil tahu, Aku pinta kemaafan daripada mu, Kalau aku sudah membuat pincang dalam urusan hidup mu. Maaf, kalau aku yang tidak pernah mengerti, Kalau kau mahu aku pergi, Maaf atas kedegilan diri ini, Yang sering mengharap kau melihat diri ini.

cinta pendam

Sometimes I wonder, Who's the person he loves, So much... ***** Aku masih lagi merasa perasan yang tak bisa ku lupa, Masih lagi teringat bait-bait kenangan yang tercipta, Entah kenapa Tuhan masih lagi tetapkan hati ini untuk setia. Dugaan hadir tanpa diduga, Dengan kehadiran insan-insan yang sering mengelirukan rasa, Tapi, akhirnya, kau juga yang aku puja. Degil kah diri ini untuk pergi? Atau, aku yang masih setia untuk menanti? Tuhan tahu aku pendam, Di sudut paling dalam, Rasa yang tak mungkin terpadam. ***** Aku harap bulan Ramadhan ini dapat mendidik jiwa, menjinakkan hati dan perasan. Redha dengan segala ketentuan, belajar dari melihat apa yang telah Allah ciptakan,  diam di setiap kata-kata yang menjatuhkan,  sederhana dalam segala tindakan. 

Pemandu gila

Bukan tak suka, Bukan benci, Bukan juga cinta. Tapi kau buat jantung aku seperti kenderaan yang mahu pergi perang, Muka aku mungkin tenang, Dalam tidak seperti kau fikirkan. Kalau kau rasa kau pun ada gila, Tapi takde sampai membahayakan diri sendiri, Atau mungkin akan membawa bahaya kepada lain. Namun, kau harus tahu, Gila kau punya akal, Gila aku penuh emosi, Degil kau masih waras, Degil aku menyakitkan hati. Tak perlu layan aku terlalu baik, Aku dididik tuk berdikari, Bukan dimanjai. Maaf aku tak biasa. Aku bukan seperti perempuan yang kau fikirkan, Mungkin susah untuk kau faham. Seribu kemaafan, Untuk segala kekusutan dan segala yang membahayakan. ***** Semoga selamat sampai kawan. Terima kasih untuk segalanya. Ku pohon maaf dengan beribu, berjuta keampunan... Aku tido luar rumah sebab taknak kejutkan mak aku. Sekian.

susah susah dahulu, senang senang kemudian

Kelmarin, aku mengatakan yang aku mungkin terlalu gembira tetapi, hari ini entah kenapa aku terlalu sedih, perit dan pedih. Aku seolah-olah tidak boleh menerima segala ketentuanNya. Astagfirullah. Tuhan baru uji sedikit, baru ujian kurangnya duit dan harta. Tambahan, dugaan cuba memenuhi ke hendak ibu bapa. Baru sikit tu, aku punya nangis macam apa. Rasa tak tahan la weyh... Aku ni dah la species pelik sikit. Kalau benci, marah bengang tahap gaban, mesti air mata yang keluar dulu. Dalam dah mencarut bagai usah dikata. Haishh... Astagfirullah...  Mungkin dugaan ni tuk bawa aku semula kembali kepada Pencipta. Dunia yang sibuk aku kejar, lari pergi. MasyaAllah.. *still tearing* Aku cuba lah.. Cuba lah yang terbaik jadi hambaNya, jadi anak yang sabar melayan kerenah ibu bapa sepertimana dulu mereka sabar melayan kerenah aku. Anak yang sering kena marah ni la akan cuba selalu ada, susah senang bersama. Nak kata tenang dan sabar, aku ni jenis pemarah, cepat marah tapi cepat sejuk ju...

tak sempurna seperti kita

Image
Aku gembira hari ini, terlalu gembira, Sehingga terasa ingin menyanyi alunan irama cinta, Dan, terasa juga ingin menari pelbagai rentak dengan sepenuh jiwa. Aku bersyukur kalau Tuhan masih lagi memberikan aku nikmat bahagia, Bahagia yang aku rasa orang lain pandang itu gila, Ya, aku bahagia, Bahagia dengan angan-angan yang aku cipta, Salahkah kau rasa? Hati satu lagi bicara, Tak salah tapi kau akan lebih parah terluka dan berdarah, Dengan angan yang akan buat kau terus kecewa, Jika kau tahu hal yang sebenarnya. Mungkin dia yang pernah ada saat sunyi menyapa, Tapi dia ada tak lama dan tak akan selamanya, Kehadiran kau mungkin juga sudah menyusahkan dia, Kau harus berhenti dan tak perlu buat dia tersiksa. Aku tertunduk hiba, Ya, aku ingin pergi tapi entah kenapa diri ini masih degil, Berdegil untuk tidak melepaskan, Berapa banyak kali aku menipu diri ini, cuba menjauh dan pergi, Aku tak tahu kenapa aku masih kembali, Kembali menanti. ...

Gelaran

Bila dah duduk sorang sorang, baca, belek semula kenangan lama, macam macam gelaran pernah aku dapat. Dari segi nama aku tu pun, dah macam macam gelaran aku ada. Nama penuh aku Nurul Waznah. Family members, jiran-jiran, teman sepermainan, mereka biasa panggil aku Nurul. My special aunt je, sorang ni je selalu panggil aku, Nah tapi kadang kadang tu, Nurul juga lah dia panggilnya aku. Nama ke dua aku ni, memang ramai yang payah nak sebut. Waznah. Biasa orang luar panggil akan jadi, Maznah, Wana, Waima, Waza, dan entah la. Banyak sangat. Member member , aku memang biasakan diaorang panggil aku Waz, ataupun Was. Suka korang lah. Cuma, seorang je kawan sekolah aku yang panggil aku lain daripada lain. Dia, the only one panggil aku Wawa. Aww, sweet dulu nama ni pada dia. Dulu lah,, sekarang... Takpe lah. Simpan dulu kisah sedih tu. So then, macam tu lah. Gelaran aku dari segi nama. Gelaran dari segi lain, aku dapat mungkin daripada penilaian mereka lah tentang fizikal, tingkah laku dan s...