Permintaan Yang Sudah Ditunaikan
Aku pernah minta pada Tuhan,
Kalau aku itu,
Teringin sungguh untuk melalui hari,
Hari yang pernah engkau maksudkan
.
Peritnya sungguh dalam,
Dan, kini baru aku faham,
Sebuah coretan yang engkau pernah kiaskan
.
Masa mengajar aku untuk menghadam,
Setiap bait kehidupan,
Mungkin engkau menghadam lebih cepat daripada yang aku sangkakan,
Maka, sebab itu kau lebih banyak berdiam
.
Terima kasih kerana pernah cuba membuat aku faham,
Menghargai sebuah perasaan,
Menghargai setiap usaha yang telah dicurahkan.

Comments
Post a Comment