Posts

Showing posts from March, 2015

to vindictive

Aku sering tertanya-tanya, Kalau kau tu cuma dugaan tuk aku semata-mata, Yang hanya memberi kebahagiaan sementara, Atau kah sebenarnya, Kau memang pemimpin aku bukan tuk di dunia sahaja, Tapi sampai ke syurga. Aku tahu kalau sejarah silam memang sukar dilupakan, Masih menyimpan dendam itu antara kau dengan Tuhan, Pohon kurniakan hati penuh kemaafan, Atau biarkan saja dihasut syaitan. Aku punya impian, Dan aku tak perlukan pendendam tuk bersama aku, Aku cuma inginkan seseorang yang tulus ikhlas menerima aku, Juga mencintai aku dengan sepenuh hati. Aku punya perasaan yang aku kata itu hadiah daripada Tuhan.

Perubahan

'Musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, duri dalam daging, api dalam sekam, musang berbulu ayam, wolves in sheep clothing etc. Antara punca-punca kejatuhan Islam itu sendiri adalah apabila umat Islam mula memandang rendah akan segala tanggungjawab sebagai hamba Allah dan lantas, memandang remeh segala hukum agama yang telah di tetapkan oleh  Allah. Nauzubillah. Kepura-puraan dan kemalasan menuntut ilmu serta mudah berasa selesa atas sesuatu pencapaian'. hhmmm... Tidak suka aku memandang orang lain kerana pada aku susah untuk menilai orang lain. Diri sendiri, ya, aku menilai diri ini sentiasa dalam kekurangan dan kejahilan. Makin aku cari makin aku malu akan diri sendiri kerana selama ini banyak sangat ilmu yang tidak aku ketahui dalam MALAS untuk aku pelajari. Kalau aku pelajari pun, ianya tidak tersimpan pun di lubuk hati dek tidak mengamalkan ilmu yang dipelajari. What a shame! Baru-baru ni, alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah, mengizinkan aku berada dal...

Secebis Kenangan di Taman Sinar Harapan

Image
Bersendiri di ‘library’ pagi ini dengan suasana yang dingin dan tenang, hanya suara dari ‘aircond’ sahaja yang memecah kesunyian. Terdetik pula di hati ingin menulis sesuatu yang mungkin boleh aku katakan ianya adalah perkara yang baru dalam hidup aku.           Pada hari Ahad, 28 Februari 2015 Masihi bersamaan 9 Jamadil awal 1436 Hijrah yang lalu, aku telah menyertai satu program yang diberi nama Bakti Siswa, anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Malaysia Terengganu. Program ini telah membawa aku ke Taman Sinar Harapan Kuala Terengganu iaitu satu pusat penjagaan kanak-kanak OKU (orang kurang upaya). Lebih kurang jam 8.30 pagi, kaki aku telah pun berada di hadapan pagar pusat penjagaan tersebut. Dalam hati tercalit satu rasa yang sukar untuk aku mengertikan, senyuman yang aku ukirkan pagi itu terasa sungguh menyampahkan, plastik. Kaki melangkah perlahan dan kemudian terus ke dewan untuk sesi taklimat yang bakal disampa...