Teguran

Alamak,, menyesal pula aku buka blog dia hari ni, macam manalah boleh tergerak hati ni nak baca penulisan dia hari ni. Walaupun dia sekadar menulis tapi sedikit sebanyak aku terasa hati laa pula. Nak-nak part dia tulis, "mereka lebih suka berkawan dengan tulisan, memilih kawan di senarai kenalan untuk bercerita, bla bla bla.... dan lebih banyak membaca puisi dan prinsip prinsip yang entah tak apa apa."

Ala,, setiap orang ada je yang dia suka. Setiap orang ada je hak dia nak memilih siapa kawan untuk bercerita. Walaupun aku ditakdirkan belajar sains sebab ayah aku suruh, aku boleh je adapt tapi aku tetap lebih suka bidang mak aku, sastera. Aku suka dan tak nak buang minat tu. Aku suka baca penulisan orang, buah fikiran orang yang pelbagai. Kalau hobi aku tuu suka baca puisi dan seangkatan tuu. Suka aku laa.. Dah memang aku suka baca puisi dan prinsip-prinsip tu semua bagai. Biarla.. Aduii.. Emm,, ya, aku memilih kawan untuk bercerita. Memang tersangat memilih. Hanya kepada manusia yang aku percaya sahaja. Tetapi itu tidak menghadkan aku siapa yang boleh jadi kawan aku. Semua orang masih aku terima sebagai kawan, tak kira bangsa, agama dan keturunan apa.

To be positive. Mungkin laa. Ada hikmahnya aku tergerak hati baca penulisan dia hari ni. Mungkin la, nii cara Allah nak tegur sesetengah perangai aku yang mungkin aku rasa elok tapi sebenarnya tidak; dengan melalui penulisan dia. Kadang-kadang tu, penulisan-penulisan yang menusuk hati aku nii, mungkin sebenarnya adalah satu teguran daripada Allah. Aku ni tak sempurna mana pun, dan jarang sebenarnya ada manusia yang berani tegur aku dan mungkin inilah cara terbaik tuk perbaiki diri. Sabar. Tenang. Terima dengan hati yang terbuka. Perubahan tu perlu tapi butuh waktu. Senyum. Noktah.


Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December