Last words, perhaps
Aku tak pasti,
Kapan kali terakhir aku melihat riang tawa mereka,
Aku tak pasti,
Bila saat terakhir aku mendengar duka tangis mereka,
Aku juga tak pasti,
Bila waktu terakhir semuanya bersama.
Di dalam dunia yang sementara,
Semuanya hanyalah persinggahan belaka,
Begitu juga kehadiran mereka.
TakdirNya, mereka tiba memberi keindahan dunia,
Ibarat sebuah hadiah percuma,
Hadir membawa kegembiraan bersama,
Tapi mereka juga akan pergi nanti,
Dan yang tinggal hanyalah secebis duka,
Kerana itulah namanya dunia,
Segalanya sekejap cuma.
Sebentar persinggahan di pelabuhan dewasa,
Membesar matang bersama mereka,
Memberikan sebuah kenangan yang cukup bermakna.
Mungkin persinggahan kali ini tak memberikan satu ikatan jiwa,
Satu hubungan yang dapat mengeratkan semua,
Kerana batasan-batasan manusia,
Tapi, cukup sekadar memahami dan menerima apa adanya,
Itu lebih dari cukup sebenarnya.
Syukur ku dengan lafaz terima kasih,
Doa ku moga kejayaan dan kebahagian mudah diraih,
Peluang ku mohon kemaafan sahaja dapat ku pilih,
Ikhlas ku dengan berusaha mengikat kasih.
Sampai ke temu lagi...
.jpg)
Comments
Post a Comment