Nafsu
Setiap manusia menghadapi kepayahan mengawal hawa nafsu dalam diri, termasuklah aku sendiri.
Adakala aku ingin menjauhkan diri agar aku bukanlah penghalang cinta dia dengan Ilahi,
Tapi kadangkala rasa ragu dan emosi terlebih menguasai diri.
Bila ku sedari kau mula bertakhta di hati,
Aku bertanya pada diri,
Mampukah perasaan ini ku akhiri?
Aku ingin meminta pada Ilahi,
Tapi, malu kerana terasa diri ini lebih mengingati dia yang tak pasti dari mati,
Malu kepada Dia Yang Maha Mengetahui segala isi hati.
Perasaan yang lahir dari hati ini,
Satu hadiah daripada Ilahi yang amat aku syukuri,
Kerana, inilah kali pertama terjadi,
Cuma,
Aku meminta agar Allah boleh menyimpannya tuk aku seketika,
Sehingga tiba waktunya,
Tapi,
Aku juga meminta andai bukan dia insan yang aku nanti-nanti,
Aku pinta kekuatan dari mu Ya Ilahi,
Untuk baling perasaan ini nun jauh ke langit nan tinggi,
Pulangkan semula kepada yang asli.
Ya Tuhanku Yang Maha Mendengari,
Engkaulah sebaik perantara untuk kami,
Perkenankanlah doa ini.
Kerana aku mula menyedari yang aku kelemasan dalam nafsu sendiri...

Comments
Post a Comment