Posts

Bahtera Cinta,, kononnya...

Sudah bersediakah? Aku bayangkan sebuah perkahwinan itu ibarat membina sebuah bahtera, Bermula dengan l akaran bahtera itu sebesar dan seindah bagaimana, Kemudian pemilihan bahan-bahan dan alatan-alatan apa, Asas atau kerangka bahtera itu sekukuh dan sekuat mana, Layar yang bakal dilabuhkan membawa atau menuju destinasi di mana... Selama pelayaran, Tidak akan selalu menghadapi hari-hari cerah dan aman, Dan lautan tidak selalunya tenang. Apakah akan terkandas di tengah lautan? Apakah bahtera pecah dipukul ombak gelombang? Apakah layar terkoyak dipanah bucuan?  Sudah tersediakah kapal kecemasan? Cukupkah peralatan keselamatan? Atau, Kau bakal hanyut dan tenggelam di tengah lautan yang dalam? Bukan usia pengukur kematangan, Bukan nafsu dan dendam pengikat hubungan, Tetapi, Jiwa yang bersedia penuh ilmu dan pengetahuan, Ikhlas dan redha menerima segala ketentuan. ***** Aku tak kisah bila ditanya, bila? Kerna aku lebih tahu bila aku bersedia, Kerna se...
Aku cuba mencari tahu, Walaupun sukar mencari serpihan serpihan atau jejak kamu, Namun, aku gagahkan jua, Nampaknya, Family kau sudah menerima ahli baru, Sayangnya, Aku tahu bukan daripada kamu, Tapi, Daripada usaha aku untuk tahu... Hanya Tuhan saja yang tahu..... Hati aku.........
Diamnya aku... Aku bertafakur sebentar, Berfikir-fikir salah kah aku, Aku sekadar mencuba, Sudah pun mencuba, Mencuba mencari peneman yang setia, Yang sentiasa ada saat suka dan duka, Kalau kau kata aku suka mendiamkan diri dan seperti tidak pernah berusaha, Sia-sia sajalah apa yang telah aku cuba. Namun, kau juga tidak lagi berusaha, Membiarkan aku terus pergi bersama hati yang lara, Aku bersangka-sangka, Kau telah mengorak langkah, Melupakan segala yang tersisa, Kerna, Kau terus mendiamkan diri tanpa khabar berita. Aku juga berkira-kira, Mungkin juga kau sudah bahagia, Cukup bahagia, Tanpa hadirnya aku bersama. Dalam tak sedar, Kau telah mengajar aku, Mengajar aku hidup bahagia tanpa kau bersama. Jadi, setakat ini saja kah rasa cinta yang telah kau perkata? Aku kau tahu lelahnya menanti, tetapi kau tetap juga meminta untuk aku menunggu, kalau aku betul-betul menunggu, tanpa aku beritahu, kenapa kau kecewa, hanya berdiam diri dan tidak lagi berusaha,...

Tutuplah

Tutuplah, Tutuplah semua pintu pintu yang terbuka, Ini masa tuk berkabung, Berkabung demi cinta yang kau kuburkan..

Mampu Terdiam

Kenapa kau sering menemani diri ini, Tatkala dunia ku sunyi, Tapi mengapa kau tidak pernah mendekati? Mungkin aku pernah melukai, Mungkin aku yang tak pernah menghargai, Adakah tiada harapan lagi? Mengapa kenangan lama ketika bersama sukar tuk dilupa? Mengapa hanya kenangan itu semua membuat rasa gembira? Mengapa mengingati kenangan itu juga aku menjatuhkan air mata? Apa yang harus aku lakukan, Saat kau muncul dalam fikiran? Hanya mampu terdiam dalam tangisan yang dipendam...
Setelah lebih 11 tahun aku tinggalkan sekolah rendah, Banyak sudah yang berubah, Dulu, itu aku punya bilik darjah, Oh, itu dulu tempat aku beriadah. Duduk di atas kerusi kantin yang panjang, Memandang sekeliling bait-bait kenangan, Rindu ku hanya terpamer melalui senyuman. Susuk ku yang kecil atau mungkin sederhana besar, Fizikal yang tidak banyak beza, Menyebabkan aku mudah dikenali paras rupanya. Beliau itu dulu guru kelas aku, Ohh, itu teacher yang ajar aku masa darjah satu, Merenung dan meneliti, Dan beliau menyedari dan seperti masih mengenali diri ini, Mungkin nama saja sudah dilupai. Aku menghampiri–  Tangan yang dulu licin mulus, Kini, tangan yang dicium itu sudah berkedut kurus, Namun, gagahnya insan bergelar guru, Sangat ku sanjungi selalu. Perasan apa ya, Seperti nangis tapi gembira, Rindu yang tidak terkata, Terima kasih yang tidak terhingga, Tanpa pendidik seperti mereka, Siapalah aku di atas menara. Kadang kadang pahit meninggalkan ken...

Gaji pertama

Image
Banyak-banyak tempat kerja yang pernah aku kerja, Inilah yang paling lumayan hasilnya, Dan aku panggil ia, gaji pertama. Gaji pertama, Tak usah ditanya, Tidak lah besar mana, Lagi dengan merosotnya ekonomi Malaysia, Apa je la yang ada. Tapi, Aku pasang niat dari mula lagi, Separuh gaji pertama ini, Akan ku beri kepada mereka, Kedua orang tua ku yang ku sayangi. Ternyata, Aku bukan anak yang baik sebenarnya, Aku masih berkira-kira untuk ku beri kepada mereka, Namun, harus ku tepis itu semua, Buatlah seperti yang dirancang pada mula. Moga moga separuh gaji pertama yang aku laburkan kepada kedua ibu bapa, menambahkan lagi rezeki yang ada.. Ini dia... Tuk emak tercinta... Lepas ni bolehlah emak berwassapan dengan adik beradik dia.. Ayah,, mampu ku beri wang hadiah cuma. Ini ja mampu.. Harap mak suka.. Selamat belajar guna mak.. Love you..