Posts

Gegendang Telinga Pecah

Gegendang Telinga Pecah Pendengaran Terjejas

Doktor Kata

"Saya tak nampak dalam telinga awak sebab penuh dengan jangkitan. Saya bagi ubat titis jenis lain daripada yang ini, lepas seminggu datang balik la. Kita tengok macam mana. Mungkin kita bersihkan dulu sedikit, lepas tu kita check balik. Kalau selalu sakit biasanya gegendang telinga bocor, nanti kena jumpa  doktor  pakar telinga la. Nanti dia tampal gegendang telinga tu ataupun tukar dengan yang baru. Apapun, nanti datang semula lepas seminggu" - Dr. Zaidah. Mak, ayah sorry akak tak dapat nak explain tadi sebab sakit sangat. Susah nak buka mulut tuk bercakap, rasa nak nangis je tadi.  Satu lagi dugaan Tuhan menguji kekuatan iman dan kesabaran.

Pergi

Kalau itu keputusan yang awak beri, Pergilah kalau awak nak pergi, Saya tak berhak menghalangi, Awak layak mencari bahagia sendiri, Walaupun hati saya berkata, Tolonglah, jangan pergi, Pergi meninggalkan diri ini, Hati saya akan terluka nanti, Jiwa saya merana dan rasa disakiti, Tapi, demi kebahagiaan awak yang tiada ganti, Saya relakan awak pergi. Janganlah bergerak walau seinci.........

Sod Ba Ra

Image
Manusia sering terburu-buru dalam melakukan sesuatu oleh kerana emosi yang sering menggangu.  Allah SWT berfirman dengan maksud: “Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan, dan memang manusia bersifat tergesa-gesa.” (Surah al-Israa’: 11) Aku tidak menafikan sekiranya aku tuu juga termasuk orang-orang yang sering terburu-buru dalam membuat sesuatu dan aku juga boleh dikatakan antara orang yang gagal mengawal emosi dan perasaan terutama rasa marah, benci dan cinta.  Sabar itu kesudahannya indah bagi orang yang betul-betul memahami segala hikmah. Aku pernah terbaca dalam satu buku, Rasulullah bersabda, "Terdapat 2 perkara yang disukai Allah terhadap hambanya iaitu sering bersyukur; tenang dan sabar". Sabar juga perlulah diseiringkan dengan redha. Redha ialah menerima segala ketentuanNya tanpa mempersoalkan apa-apa. Apabila redha dan sabar disatukan dalam jiwa, dengan izinNya, ketenangan lebih dirasa. Moga r...

Diary

Image
Tak sangka dari kecil aku ni rupanya suka juga menulis merepek meraban ni. Bila baca balik semula, pelbagai perasaan ada. Sedih, kelakar, malu, happy, dan dipendekkan cerita, macam-macam lah ada. Aku ni sebenarnya tak ada bakat pun menulis bagai ni semua tapi menjadi novelis pernah juga tersenarai dalam cita-cita. haha... Al-maklum, aku ni boleh tahan juga bab-bab berangan dan mereka-reka cerita. haha... kadang-kadang tu over dramatik juga... Tapi, bila meningkat dewasa, aku belajar menulis mengikut rasa yang ada. Paling penting kejujuran dan keikhlasan ye. 2004-2005-2008-2009-2010-Latest Kerana manusia itu berbeza pengalaman dan jalan cerita hidupnya. Adakala mencatat dan menulis dapat mengingatkan apa yang tlah terlupa. 

Raya Aidilfitri

Raya,, dengan ilmu agama yang tidak seberapa, pada aku, raya ialah meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, menahan bukan sekadar lapar dan dahaga tetapi juga hawa nafsu yang sering bermaharajalela dalam diri kita.  Zaman kecil-kecil dahulu, sebut sahaja dah nak raya, bukan main lagi sukanya. Mana taknya, boleh balik kampung, main mercun dan bunga api dengan sanak saudara, pakai baju dan kasut raya baru yang pastinya aku akan kelihatan comel belaka (perasannya) dan dapat duit raya, itu paling penting ok. haha... Tetapi, apabila meningkat dewasa, raya aku seperti tiada makna. Al-maklumlah, kampung sudah tiada sebab yang paling tua telah pun kembali kepadaNya. Atok nenek, baik belah mak ataupun ayah, dua-dua dah tak de. Jadi, kalau raya biasanya sama ada di Pasir Gudang sahaja ataupun pergi rumah pak cik mak cik yang terdekat dan jiran tetangga. Walaupun begitu, aku harus bersyukur kerana aku berpeluang merasai nikmat beraya di kampung, suasana meriah dengan ramai s...

Cintaku...

Love.  I don't know how love's feel.  Since I met you, now  I know,  I was falling love. Sebelum ni aku ada la suka seseorang tetapi orang yang aku suka tu tak pernah membalas. Banyak kali. Jadi, bila tiba ada orang suka aku, aku pun buat tak tahu je la. Alasan selalu aku bagi tahu dekat kawan aku, aku malu; padahal aku cuma tak ada feel. Walaupun begitu, aku masih layan dengan baik orang-orang yang suka aku sebagai satu penghargaan. Kali pertama aku couple, dengan seseorang yang sangat matang dan baik, tua setahun dari aku, tapi sayang aku tak ada feel sangat pun terhadap dia. Antara sebabnya, dia selalu berjauhan dengan aku. Cinta jarak jauh. Tapi hadiah daripada dia aku masih simpan dan adakala menjadi peneman dikala malam. Pink Teddy. Akhirnya, dia yang memutuskan untuk berpisah dengan alasan yang munasabah. Aku dengar dan terima alasan dia tapi aku tak ikut pun nasihat dia. Kata-kata dia, "... couple itu haram , jadi , kita putus ye . " Kemudian aku ...