Raya Aidilfitri
Raya,, dengan ilmu agama yang tidak seberapa, pada aku, raya ialah meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, menahan bukan sekadar lapar dan dahaga tetapi juga hawa nafsu yang sering bermaharajalela dalam diri kita.
Zaman kecil-kecil dahulu, sebut sahaja dah nak raya, bukan main lagi sukanya. Mana taknya, boleh balik kampung, main mercun dan bunga api dengan sanak saudara, pakai baju dan kasut raya baru yang pastinya aku akan kelihatan comel belaka (perasannya) dan dapat duit raya, itu paling penting ok. haha...
Tetapi, apabila meningkat dewasa, raya aku seperti tiada makna. Al-maklumlah, kampung sudah tiada sebab yang paling tua telah pun kembali kepadaNya. Atok nenek, baik belah mak ataupun ayah, dua-dua dah tak de. Jadi, kalau raya biasanya sama ada di Pasir Gudang sahaja ataupun pergi rumah pak cik mak cik yang terdekat dan jiran tetangga.
Walaupun begitu, aku harus bersyukur kerana aku berpeluang merasai nikmat beraya di kampung, suasana meriah dengan ramai saudara mara tetapi bila melihat adik-adik aku yang masih kecil ni, aku jadi bersimpati kepada mereka. Mereka yang pastinya, tak dapat merasai nikmat beraya di kampung, tak dapat jumpa arwah nyaie dan yaie (nenek dan atok - bahasa jawa; belah mak). Atok, bapa kepada ayah aku pun, mereka jumpa time mereka masih sangat kecil. Ibu kepada ayah aku dah kembali kepadaNya sebelum ayah aku kahwin dengan mak aku lagi. Jadi, kalau raya dulu, raya dengan nenek tiri la.
Tak sangka, cepat juga masa berlalu. Kegembiraan raya zaman dahulu hanya terakam dalam peti fikiran aku. Seandainya aku mampu menayangkan semula memori indah itu menggunakan alat video, puhh,, mesti boleh tergelak sampai berguling, boleh terharu sebab rasanya bahagia, menangis hiba dan macam-macam perasaan ada tapi sekarang semuanya tiada.
Solusinya, setiap kali hari raya, mak dan ayah aku cuba menjadikan rumah kami semeriah berada di kampung dulu walaupun cuma kami sekeluarga je. Supaya adik-adik yang masih kecil ni tahu meraikan raya tuu bagaimana. Biasanya, aku dan mak, kami berdua akan prepare makanan di dapur seperti rendang, lodeh, sambal kacang, ayam masak merah (puhh, sedapnya). Ayah, akan menganyam ketupat dan masak ketupat. Al-maklum, orang perempuan tak ramai, jadi ayah turunlah 'padang'. Adik beradik aku yang lain, sekadar membantu mana yang patut. Raya kan, kemeriahan menyambut kemenangan itu mesti dirasai oleh setiap insan termasuklah kami.
Raya Aidilfitri ini juga, mendidik adik-adik supaya belajar meminta dan menerima kemaafan daripada sesiapa je terutama daripada ibu bapa. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin serta Moga Diberkati Ilahi semua. Sekian.
Raya Aidilfitri ini juga, mendidik adik-adik supaya belajar meminta dan menerima kemaafan daripada sesiapa je terutama daripada ibu bapa. Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin serta Moga Diberkati Ilahi semua. Sekian.
Kemenangan dirai tetapi perlu sentiasa berhati-hati...
Comments
Post a Comment