Posts

Showing posts from April, 2016

susah susah dahulu, senang senang kemudian

Kelmarin, aku mengatakan yang aku mungkin terlalu gembira tetapi, hari ini entah kenapa aku terlalu sedih, perit dan pedih. Aku seolah-olah tidak boleh menerima segala ketentuanNya. Astagfirullah. Tuhan baru uji sedikit, baru ujian kurangnya duit dan harta. Tambahan, dugaan cuba memenuhi ke hendak ibu bapa. Baru sikit tu, aku punya nangis macam apa. Rasa tak tahan la weyh... Aku ni dah la species pelik sikit. Kalau benci, marah bengang tahap gaban, mesti air mata yang keluar dulu. Dalam dah mencarut bagai usah dikata. Haishh... Astagfirullah...  Mungkin dugaan ni tuk bawa aku semula kembali kepada Pencipta. Dunia yang sibuk aku kejar, lari pergi. MasyaAllah.. *still tearing* Aku cuba lah.. Cuba lah yang terbaik jadi hambaNya, jadi anak yang sabar melayan kerenah ibu bapa sepertimana dulu mereka sabar melayan kerenah aku. Anak yang sering kena marah ni la akan cuba selalu ada, susah senang bersama. Nak kata tenang dan sabar, aku ni jenis pemarah, cepat marah tapi cepat sejuk ju...

tak sempurna seperti kita

Image
Aku gembira hari ini, terlalu gembira, Sehingga terasa ingin menyanyi alunan irama cinta, Dan, terasa juga ingin menari pelbagai rentak dengan sepenuh jiwa. Aku bersyukur kalau Tuhan masih lagi memberikan aku nikmat bahagia, Bahagia yang aku rasa orang lain pandang itu gila, Ya, aku bahagia, Bahagia dengan angan-angan yang aku cipta, Salahkah kau rasa? Hati satu lagi bicara, Tak salah tapi kau akan lebih parah terluka dan berdarah, Dengan angan yang akan buat kau terus kecewa, Jika kau tahu hal yang sebenarnya. Mungkin dia yang pernah ada saat sunyi menyapa, Tapi dia ada tak lama dan tak akan selamanya, Kehadiran kau mungkin juga sudah menyusahkan dia, Kau harus berhenti dan tak perlu buat dia tersiksa. Aku tertunduk hiba, Ya, aku ingin pergi tapi entah kenapa diri ini masih degil, Berdegil untuk tidak melepaskan, Berapa banyak kali aku menipu diri ini, cuba menjauh dan pergi, Aku tak tahu kenapa aku masih kembali, Kembali menanti. ...

Gelaran

Bila dah duduk sorang sorang, baca, belek semula kenangan lama, macam macam gelaran pernah aku dapat. Dari segi nama aku tu pun, dah macam macam gelaran aku ada. Nama penuh aku Nurul Waznah. Family members, jiran-jiran, teman sepermainan, mereka biasa panggil aku Nurul. My special aunt je, sorang ni je selalu panggil aku, Nah tapi kadang kadang tu, Nurul juga lah dia panggilnya aku. Nama ke dua aku ni, memang ramai yang payah nak sebut. Waznah. Biasa orang luar panggil akan jadi, Maznah, Wana, Waima, Waza, dan entah la. Banyak sangat. Member member , aku memang biasakan diaorang panggil aku Waz, ataupun Was. Suka korang lah. Cuma, seorang je kawan sekolah aku yang panggil aku lain daripada lain. Dia, the only one panggil aku Wawa. Aww, sweet dulu nama ni pada dia. Dulu lah,, sekarang... Takpe lah. Simpan dulu kisah sedih tu. So then, macam tu lah. Gelaran aku dari segi nama. Gelaran dari segi lain, aku dapat mungkin daripada penilaian mereka lah tentang fizikal, tingkah laku dan s...

surat cinta

Image
***** Dah lama aku tak menulis surat cinta, cinta yang pernah aku rasa entah hilang ke mana, tinta pena entah juga untuk siapa; kalau kau merasa, mungkin lah engkau orangnya.