Posts

Showing posts from March, 2016

Bahtera Cinta,, kononnya...

Sudah bersediakah? Aku bayangkan sebuah perkahwinan itu ibarat membina sebuah bahtera, Bermula dengan l akaran bahtera itu sebesar dan seindah bagaimana, Kemudian pemilihan bahan-bahan dan alatan-alatan apa, Asas atau kerangka bahtera itu sekukuh dan sekuat mana, Layar yang bakal dilabuhkan membawa atau menuju destinasi di mana... Selama pelayaran, Tidak akan selalu menghadapi hari-hari cerah dan aman, Dan lautan tidak selalunya tenang. Apakah akan terkandas di tengah lautan? Apakah bahtera pecah dipukul ombak gelombang? Apakah layar terkoyak dipanah bucuan?  Sudah tersediakah kapal kecemasan? Cukupkah peralatan keselamatan? Atau, Kau bakal hanyut dan tenggelam di tengah lautan yang dalam? Bukan usia pengukur kematangan, Bukan nafsu dan dendam pengikat hubungan, Tetapi, Jiwa yang bersedia penuh ilmu dan pengetahuan, Ikhlas dan redha menerima segala ketentuan. ***** Aku tak kisah bila ditanya, bila? Kerna aku lebih tahu bila aku bersedia, Kerna se...
Aku cuba mencari tahu, Walaupun sukar mencari serpihan serpihan atau jejak kamu, Namun, aku gagahkan jua, Nampaknya, Family kau sudah menerima ahli baru, Sayangnya, Aku tahu bukan daripada kamu, Tapi, Daripada usaha aku untuk tahu... Hanya Tuhan saja yang tahu..... Hati aku.........
Diamnya aku... Aku bertafakur sebentar, Berfikir-fikir salah kah aku, Aku sekadar mencuba, Sudah pun mencuba, Mencuba mencari peneman yang setia, Yang sentiasa ada saat suka dan duka, Kalau kau kata aku suka mendiamkan diri dan seperti tidak pernah berusaha, Sia-sia sajalah apa yang telah aku cuba. Namun, kau juga tidak lagi berusaha, Membiarkan aku terus pergi bersama hati yang lara, Aku bersangka-sangka, Kau telah mengorak langkah, Melupakan segala yang tersisa, Kerna, Kau terus mendiamkan diri tanpa khabar berita. Aku juga berkira-kira, Mungkin juga kau sudah bahagia, Cukup bahagia, Tanpa hadirnya aku bersama. Dalam tak sedar, Kau telah mengajar aku, Mengajar aku hidup bahagia tanpa kau bersama. Jadi, setakat ini saja kah rasa cinta yang telah kau perkata? Aku kau tahu lelahnya menanti, tetapi kau tetap juga meminta untuk aku menunggu, kalau aku betul-betul menunggu, tanpa aku beritahu, kenapa kau kecewa, hanya berdiam diri dan tidak lagi berusaha,...