Posts

Showing posts from April, 2015
I rasa macam nak kill you laa..

Rasa

'Aku biarkan kau ada untuk aku rasa, Sebenar-benarnya rasa itu bagaimana' Dengan kerendahan hati melihat dia, Aku tahu rasa ini lebih dari yang aku sangka, Dan, perasaan ini lebih hebat dari apa yang aku jangka. Cuma, Bila ego lebih berkuasa, Rasa benci menyelubungi jiwa, Hilang impian yang diimpi semuanya, Ke tepi kan semua rasa, Dan kau, sudah tiada makna. Adakala aku rapuh kerna aku juga punya rasa cemburu yang aku selindungkan disebalik hati batu yang tak bernyawa.

Kenangan itu

Berada di satu tempat dimana kenangan itu tercipta, Membuatkan aku tersenyum dan leka, Mengingati memori lama. Rindu. Situ yang dulu bising dengan gelak tawa, Situ yang dulu masing-masing berwajah ceria, Berusaha mengikat hubungan mesra, Kini, Hanya cemercip suara unggas memecah keheningan, Aku cuba mengorek kembali apa yang pernah tersimpan dalam memori ingatan. Oh, Aku ingat masa masuk lab itu kali pertama, Aku ingat persoalan yang timbul dalam hati aku masa nampak dia, Aku tertanya-tanya, Dia ke ketua, kenapa dia, dah ada perlantikan ke, Sebenarnya tiada perlantikan pun, Tapi, dia rasa dia punyai tanggungjawab atas kami semua, Jadi, dia rela. Cerita, Tak akan habis untuk bercerita saat kali pertama mengenali semua, Ada yang sangat ramah dan mesra, Ada yang malu-malu tapi teruja, Ada yang sombong tapi ambil kisah je, Ada yang diam tapi pandai buat kerja, Ada yang bising, habuk pun takda. Semua kenangan lama. Melalui, Saat-saat kita mula bersa...

Sihat Semula Tau Zuera

Sesampai di rumah, Tanpa membuang lagi beg pakaian, Aku dikhabar akan perihal kesihatan mu, Gugur jantung ku seketika waktu. Pagi kelmarin, Kali pertama aku applied ilmu memasak bubur yang pernah aku belajar dari kawan ku, Pa’in. Bubur special penuh kasih sayang ku buat khas untuk mu. Sekian lama tak berjumpa, Dek kerana waktu yang sering mencemburui kita, Kini, tak sangka, Kesihatan dan berat badan mu semakin susut. Sebak hati ini melihat diri mu sahabat. Tapi, aku bangga, Kau punya kekuatan yang tinggi, setinggi langit di angkasa, Kau punya semangat yang tiada tolok bandingnya. Punyai sakit misteri dan rahsia, Yang di mana kabur segala punca, Tetapi, fizikal diri pula menjadi mangsa, Namun, kau tetap tabah menghadapinya. Hari ini, Melihat senyuman mu, Ku yakin kau mampu sembuh seperti sediakala, Siapapun yang menganiaya, Aku tahu kau punya hati yang mulia, Maafkanlah saja dia. Anggap jugalah ini dugaan daripada-Nya sebagai sa...