Cintakah?

Segala berkaitan diri anda,
Tersimpan kemas dalam lubuk hati yang kecil ini.
Tidak terluah walau terasa disakiti,
Hanya yang mengembirakan hati saja yang aku cerita ke Didi.

Hati ini seolah menanti,
Menanti agar diri ini dihargai,
Tapi, mungkin hanya aku yang banyak bermimpi.

Sedangkan aku tahu hati dia telah dimiliki,
Tapi kenapa aku masih mengharap sesuatu yang tak mungkin aku dapati.

Adakala aku pergi sahaja bawa hati yang lara,
Ingin sahaja,
Tak perlu tahu apapun tentang diri anda,
Agar diri ini tak terus kecewa.
Namun, hati ini sering berbicara,
"Bagaimanakah dengan si dia?"
"Okay kah dia?"
Gila, ya.. Aku gila.

Adakah aku sudah jatuh cinta?

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December