Posts

Showing posts from July, 2014

Pergi

Kalau itu keputusan yang awak beri, Pergilah kalau awak nak pergi, Saya tak berhak menghalangi, Awak layak mencari bahagia sendiri, Walaupun hati saya berkata, Tolonglah, jangan pergi, Pergi meninggalkan diri ini, Hati saya akan terluka nanti, Jiwa saya merana dan rasa disakiti, Tapi, demi kebahagiaan awak yang tiada ganti, Saya relakan awak pergi. Janganlah bergerak walau seinci.........

Sod Ba Ra

Image
Manusia sering terburu-buru dalam melakukan sesuatu oleh kerana emosi yang sering menggangu.  Allah SWT berfirman dengan maksud: “Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan, dan memang manusia bersifat tergesa-gesa.” (Surah al-Israa’: 11) Aku tidak menafikan sekiranya aku tuu juga termasuk orang-orang yang sering terburu-buru dalam membuat sesuatu dan aku juga boleh dikatakan antara orang yang gagal mengawal emosi dan perasaan terutama rasa marah, benci dan cinta.  Sabar itu kesudahannya indah bagi orang yang betul-betul memahami segala hikmah. Aku pernah terbaca dalam satu buku, Rasulullah bersabda, "Terdapat 2 perkara yang disukai Allah terhadap hambanya iaitu sering bersyukur; tenang dan sabar". Sabar juga perlulah diseiringkan dengan redha. Redha ialah menerima segala ketentuanNya tanpa mempersoalkan apa-apa. Apabila redha dan sabar disatukan dalam jiwa, dengan izinNya, ketenangan lebih dirasa. Moga r...

Diary

Image
Tak sangka dari kecil aku ni rupanya suka juga menulis merepek meraban ni. Bila baca balik semula, pelbagai perasaan ada. Sedih, kelakar, malu, happy, dan dipendekkan cerita, macam-macam lah ada. Aku ni sebenarnya tak ada bakat pun menulis bagai ni semua tapi menjadi novelis pernah juga tersenarai dalam cita-cita. haha... Al-maklum, aku ni boleh tahan juga bab-bab berangan dan mereka-reka cerita. haha... kadang-kadang tu over dramatik juga... Tapi, bila meningkat dewasa, aku belajar menulis mengikut rasa yang ada. Paling penting kejujuran dan keikhlasan ye. 2004-2005-2008-2009-2010-Latest Kerana manusia itu berbeza pengalaman dan jalan cerita hidupnya. Adakala mencatat dan menulis dapat mengingatkan apa yang tlah terlupa. 

Raya Aidilfitri

Raya,, dengan ilmu agama yang tidak seberapa, pada aku, raya ialah meraikan kemenangan setelah sebulan berpuasa, menahan bukan sekadar lapar dan dahaga tetapi juga hawa nafsu yang sering bermaharajalela dalam diri kita.  Zaman kecil-kecil dahulu, sebut sahaja dah nak raya, bukan main lagi sukanya. Mana taknya, boleh balik kampung, main mercun dan bunga api dengan sanak saudara, pakai baju dan kasut raya baru yang pastinya aku akan kelihatan comel belaka (perasannya) dan dapat duit raya, itu paling penting ok. haha... Tetapi, apabila meningkat dewasa, raya aku seperti tiada makna. Al-maklumlah, kampung sudah tiada sebab yang paling tua telah pun kembali kepadaNya. Atok nenek, baik belah mak ataupun ayah, dua-dua dah tak de. Jadi, kalau raya biasanya sama ada di Pasir Gudang sahaja ataupun pergi rumah pak cik mak cik yang terdekat dan jiran tetangga. Walaupun begitu, aku harus bersyukur kerana aku berpeluang merasai nikmat beraya di kampung, suasana meriah dengan ramai s...

Cintaku...

Love.  I don't know how love's feel.  Since I met you, now  I know,  I was falling love. Sebelum ni aku ada la suka seseorang tetapi orang yang aku suka tu tak pernah membalas. Banyak kali. Jadi, bila tiba ada orang suka aku, aku pun buat tak tahu je la. Alasan selalu aku bagi tahu dekat kawan aku, aku malu; padahal aku cuma tak ada feel. Walaupun begitu, aku masih layan dengan baik orang-orang yang suka aku sebagai satu penghargaan. Kali pertama aku couple, dengan seseorang yang sangat matang dan baik, tua setahun dari aku, tapi sayang aku tak ada feel sangat pun terhadap dia. Antara sebabnya, dia selalu berjauhan dengan aku. Cinta jarak jauh. Tapi hadiah daripada dia aku masih simpan dan adakala menjadi peneman dikala malam. Pink Teddy. Akhirnya, dia yang memutuskan untuk berpisah dengan alasan yang munasabah. Aku dengar dan terima alasan dia tapi aku tak ikut pun nasihat dia. Kata-kata dia, "... couple itu haram , jadi , kita putus ye . " Kemudian aku ...

Behind Entry

Image
Assalamualaikum and hai to all of you! My name is Nurul Waznah binti Abdul Hafi from Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Actually, I'm not writer and I don't know to write well like others. I'm created this blog because I want to know what is this, how is work, how it fun etc. hehe... So far, I think I learned it well. Thank you very much to my course mate, Betty Fitie Marius because she was teach me a bit more. Sometime, I feel funny when I read back all my entry. Many of my friends like to writing and I like to reading but honestly, I the one who can't write like them. Well, I just want to try some... hehe... I should have fun too...

Wanna Hug You

Image
But, When I heard you sad, I feel like wanna stay by your side,  When I read your doleful story, I feel like wanna help you to build happy entry, When I see your moody visage, I feel like I was make the same features, I feel like wanna wipe out all your tears, When I feel you're lonely, I feel like wanna cheers you up, I feel like wanna create your smile light, And when I know you go far away, My heart was screaming wanna bring you close to me.  I just can't, can't to do that.

Feel me, babe

Image
I love you, That the words I always want to say to you. Since I met you, I can feel something toward you, Instinct, always bring my heart want to look after you. But, still... I don't know what supposed I do. Love you secretly, Miss you like a crazy and Think of you silently, Pathetically, later I must trying to deny every feeling that I was hidden deeply.  Seriously my dear lover, You drove me to be bonkers.   If I don't met you, I wouldn't like you, If I didn't like you, I wouldn't love you, If I didn't love you, I wouldn't miss you, But, I did, I do, and I will. But since I'm a girl, I would pretending not to know your heart, Always trying not to understand what you have wrote about, Not to taking serious every words you highlight, Because I don't want to get hurt, Hurt by someone always I thought. Even though you're not first, Hopefully you'll be the last, belonging my heart. ...

Ramadhan Kareem

Image
Alhamdulillah, Ramadhan yang ke empat sudah untuk tahun 1435 H. Dalam suasana petang yang tenang dan hujan membasahi bumi, Aku berimaginasi, Melalui jalan-jalan yang  sunyi , Lalu aku bertanya kepada sang hati, Apakah sebenarnya yang ingin aku cari? Di bulan yang penuh barakah ini, Entah kenapa rohani terasa sepi, Mungkin kerana tiada iblis atau syaitan yang sering menghasuti, Ataupun, sebenarnya satu petunjuk dari Ilahi agar terus mendekati. Adakala terasa malu dengan diri sendiri, Punya angan yang tinggi, Ingin menjadi muslimah sejati, Tetapi selalu rapuh dalam menghadapi hidup yang dipenuhi ranjau onak dan duri, Dimanakah letaknya iman yang teguh dan sejati? Kalau nafsu tidak mampu ditandingi, Manakan kuat untuk memperkukuh iman di hati? Moga Ramadhan Kareem kali ini, Sesuatu dapat ku pelajari, Mungkin lebih baik sekiranya mampu istiqamah dan lebih mandiri,  Agar hidup yang bakal dilalui nanti menjadi lebih matang dan ber...