Posts

Afraid

Sometime, I can overcome my fear, Becoming fearless, I can withstand in anything, I can walking alone in the darkest of island, I'm not afraid staying in the dark, I'm not afraid with ghost, I'm not afraid with the wild animals except insects like cockroach, But, What I'm always afraid of, When you leave me, And, throw me away from your life, Be hated by you it's not matter for me, Instead of you knowing I'm exist, But then, you ignore me, Like a big punishment to me. That's what I'm scared of... "Its better being hated than being ignored"
Rasa marah yang cuba kau lontarkan, Memang sengaja aku biarkan, Faham yang sering aku sembunyikan, Cuma perlukan kepastian, Kejauhan yang aku berikan, Hanya yang terbaik daripada aku yang perlu kau dapatkan, Rindu yang aku pendamkan, Cukuplah sebagai satu hukuman.
how can I forget you if I'm living in the memories of you. everything that I did, relatable, to you.  kau begitu indah tuk dilupakan dan  begitu sakit bila dikenangkan.

Raya 2015

Image
Tahun ni, sama je macam tahun sebelum sebelum ni. Raya pertama, 1 syawal, biasalah, kami sekeluarga masih di Pasir Gudang. Hampir 4 tahun lebih jugak laa, selepas pemergian atuk Maskon bin Yunus, boleh dikatakan kami sudah tiada kampung (sedih).. Sebelah mak lagi la dah lama tak da atuk mahupun nenek, sejak aku usia 7 tahun lagi. Wong jowo ngomongi seng  "yaie"  opo  "nyaie", kembali sudeh ke rahmatullah, seng aku wes cilik lagi.  Bila dah tak da kampung ni, suka hati mak bapa aku laa mana mereka nak pergi beraya. Aku ikut sahaja. Tapi, rumah WAJIB pergi pada 1 syawal, rumah pak long (Jaafar Maskon) dan rumah Wak Yah (Sariah Mungai).  Bergambar dulu sebelum gerak ke destinasi yang ingin ditujui. "Selfie" Family's photo #muka aku selalu spoil... haha... Love you, abang.. no one can replace you #just love this picture... wink wink... Five of us #aku je yang tak pakai shades.. haihh.. Cerita raya pada aku tak la mena...

Ego Ini

Hati ini degil, Degil untuk memahami, Degil untuk terus peduli, Degil mahu teruskan menyakiti. Ego, Kapan bila kau akan pergi, Pergi dari diri ini? Agar tiada yang kan disakiti. Ego, Sampai bila nak terus kekalkan dalam diri? Tak mati lah kalau kurangkan sikit letak tepi, Kenapa degil sangat ni? Saat rasa disakiti, ego ini akan melonjak tinggi.

GoodBye

Image
Hai, Hampir setahun sudah, Banyak dah kau berjasa pada aku, Tapi nampaknya, Jodoh kita setakat ini sahaja. Hai, Handsome pulak kau hari ini, Bersih lagi berkilat (maklumlah baru basuh). Hai, Nanti kau akan ada tuan yang baru, Harap kau dapat berjasa dengan baik kepada dia, Macam kau berjasa pada aku. Can I leave you with bright smile?

Cintaku

Syukurku kepadaMu Ya Allah, Sekali lagi aku menyedari Kau menjadikan impian ku satu kenyataan, Kerana kebahagiaan yang ku rasakan, Itu pemberianMu Tuhan. Syukurku, Sehingga tanpa ku sedari, Air mata membasahi pipi. Kehadiran dia menyuntik semangat baharu, Impian yang baru, Angan yang baru, Dan mimpi baru, Seterusnya, hidup yang baru. Bersamanya, Aku rasa segala mimpi bukan sekadar mimpi, Tapi satu realiti, Layanan bak puteri, Terasa diri ini dilindungi, dihormati dan disanjungi. Malu, Malu kerana diri ini dilayan sebegitu, Kerna aku rasa aku tak layak untuk mendapatkan semua itu. Istikarah menjemputku, Memohon sekali lagi petunjukMu, Agar hati ini terus memilih seorang pemimpin, Yang bakal memimpinku kepadaMu, Ya Allah. Satu nama di ruang minda, Dan Kau lah pengikat dua jiwa, Moga petunjukMu sentiasa ada, Kerna Kaulah sebaik-baik perantara. Cintaku kepada manusia, harapnya tidak melebihi cintaku kepada Yang Esa.