Wah !
Wah!
Macam-macam berlaku dalam hidup ini,
Hampir semua tidak mampu ditulis, ditaip, diungkapkan mahupun diluahkan,
Segala suka duka kehidupan dihayati dan dilalui,
Hanya mampu disematkan di lubuk paling dalam untuk kehidupan di masa hadapan.
Wah!
Ternyata dunia khayalan itu lebih menyenangkan,
Namun, dunia realiti kehidupan tetap harus diteruskan,
Walaupun sukar, walaupun kadang-kala penuh keperitan dan kesengsaraan,
Tetapi, hati tetap dicekalkan untuk mencari secebis kebahagiaan.
Wah!
Tenang saat kali mengenangkan,
Adakala terpaksa menitis kesedihan,
Tetapi aneh, sebab tetap masih punya rasa membahagiakan,
Tetap mampu mengukirkan senyuman.
kerana hati ini milik Tuhan.
Comments
Post a Comment