Senarai Standard Lelaki Pilihan Saya
Bila kerap sangat dikecewakan, pakar motivasi kata, apakata anda senaraikan standard atau suatu tahap untuk diri sendiri.
Pada mulanya, aku rasa macam taknak sebab aku ni bukanlah jenis yang cerewet sangat tapi, bila difikirkan balik, tidak salahpun kalau menetapkan standard.
Apabila ada standard, tidak kira KACAK manapun LELAKI itu, jika dia tidak menepati standard, dah boleh say GOODBYE la kan pada dia.
Well, malu sebenarnya semasa nak taip standard ni, tapi, ada baiknya mungkin aku senaraikan je dulu agar aku tidak LUPA. hahahaha.
Satu tahap sampai mana boleh terima, sampai mana tidak boleh terima, ok.
1. Saya tidak akan keluar bersama lelaki yang tidak memulakan langkah dahulu (yang sebelum ni kira nasib kau lah sebab mungkin aku masa tu aku cuma belajar tuk berkawan je).
2. Saya tidak akan keluar bersama lelaki yang membuatkan saya tertunggu-tunggu di tepi telefon (menunggu tu satu yang memenatkan, boleh mengundang prasangka yang bukan-bukan tau) - kalau handphone aku rosak, pandai pandai la kau usahakan untuk hubungi aku, pastinya aku akan lebih menghargai usaha kau. hahaha.
3. Saya tidak akan bersama lelaki yang tidak pasti mahu bersama saya ataupun tidak.
4. Saya tidak akan bersama lelaki yang kaki judi, kaki botol, menghisap dadah, ataupun membuat apa sahaja yang menjadikan saya tidak selesa.
5. Saya tidak akan bersama lelaki yang takut bercakap soal masa hadapan bersama.
6. Saya tidak akan, dalam apa keadaan sekalipun, menghabiskan masa bersama orang yang pernah menolak saya.
7. Saya tidak akan bersama orang yang sudah berkahwin.
8. Saya tidak akan bersama orang yang tidak menghormati saya, keluarga dan rakan-rakan saya.
9. Saya tak ingin bersama dengan lelaki yang tidak jujur & berpura-pura.
10. Saya tidak akan menerima lelaki yang menghina dan bersangka buruk tentang saya tanpa usul periksa atau tanpa mendapatkan kepastian daripada saya.
11. Saya menerima lelaki yang boleh menerima memahami saya & menerima segala kekurangan juga kelebihan saya serta sentiasa menghargai saya.
12. Saya menerima lelaki yang dapat seimbangkan segala urusan dunia & akhirat.
Kata pakar motivasi tersebut, saya perlu percaya dan yakin pasti ada seseorang yang akan menyayangi saya.
I really feel yakkk! Read to the title also make me feel disgusting! Yakk!! But, I need to trust Greg Behrendt if I want my own happiness. no more heart broken. enough playing with monkeys.
Comments
Post a Comment