Posts

Showing posts from September, 2017

Lagi, Lagi Dan Lagi

Aku tak tahu kenapa aku rasa diri aku ni kesian sangat. Dari zaman sekolah sampai lah zaman kerja, sering kali kecewa disebabkan cinta. Err.. Cinta? Geli pula rasa. Aku appreciate  manapun orang yang suka aku, at the end, aku yang sakit sebab akhirnya aku tahu "mereka" datang hanya untuk bersuka-suka sahaja. Aku jadi malas nak terima sesiapa dalam hidup aku. Siapa lah aku untuk dihargai di dunia ini.  Aku tak tahu kenapalah ramai lelaki suka sangat main "permainan" macam tu. Atau, aku yang terlalu naif? Aku pun tak tahu la. Taknak nangis tapi, pedih pulak mata ni sebab asyik keluar air.. hahaha *sengaja taknak taip air mata*..  Biarlah,, mungkin Allah nak ajar aku lagi banyak benda...

Permintaan Yang Sudah Ditunaikan

Aku pernah minta pada Tuhan, Kalau aku itu, Teringin sungguh untuk melalui hari, Hari yang pernah engkau maksudkan . Peritnya sungguh dalam, Dan, kini baru aku faham, Sebuah coretan yang engkau pernah kiaskan . Masa mengajar aku untuk menghadam, Setiap bait kehidupan, Mungkin engkau menghadam lebih cepat daripada yang aku sangkakan, Maka, sebab itu kau lebih banyak berdiam . Terima kasih kerana pernah cuba membuat aku faham, Menghargai sebuah perasaan, Menghargai setiap usaha yang telah dicurahkan.