Posts

Showing posts from April, 2017
Aku sebenarnya kehilangan kekuatan, Hanya mampu menangis merintih pada Tuhan, Ternyata hidup tidak semudah yang direncanakan, Kerana Tuhan lebih tahu apa yang hambaNya perlukan. Entah ke mana perginya kesabaran, Yang sering dipujukkan, Oleh hati yang sering ditabahkan. Baik perancangan manusia, Baik lagi perancangan Tuhan, Apa lagi yang boleh diperkatakan, Terima saja lah takdir Tuhan. Walaupun aku pendosa yang sering kelupaan, Tuhan masih lagi berikan pinjaman, Dengan segala macam yang tidak perlu untuk aku senaraikan. Keaiban yang disembunyikan, Sering melemahkan segenap iman, Setiap kali memohon keampunan, Setiap kali itu ketandusan. Moga aku diberi nafas baru oleh Tuhan, Menjalani liku liku kehidupan, Walau dalam kesakitan dan keperitan, Diberi kegagahan untuk terus melangkah ke hadapan. Apa yang aku harapkan, Keharmonian dan kebahagiaan, Rohani dan jasmani, Duniawi serta ukhrawi.

Selamat Pengantin Baru, Abang

Image
Tahniah abang Pejam celik pejam celik, a ku sudah punya kak ipar. Pada mulanya, r asa canggung juga sebab dia tu da  la satu-satunya abang aku. Teman gaduh, teman menyakat, teman segala macam laa. Aku rasa, impian aku dulu nak ada seorang kakak sudahpun tercapai. Tapi, macam mana nak layan tu, nampaknya masih tak ada rentak lagi. Masih biasa-biasa je. Haish.. entah la. haha.. 'Alaa,, lama-lama nanti ok laa tuu.. Mula-mula ni, biasalah.' Bak kata kawan-kawan aku la.  Aku rasa tidak terlambat lagi untuk ucap Tahniah kepada Abang dan suri hatinya, Nurul Asilah Binti Mahmood. Setelah segala macam dugaan dia ditempuh, akhirnya... berjaya juga mendirikan sebuah masjid. Boleh laa. Akhirnya.. Alhamdulillah. So, impian abang tahun ni untuk beraya ada isteri, tercapailah. Mudah-mudahan. Yelah, ajal jodoh, pertemuan perpisahan pada kuasa Tuhan. Moga yang baik-baik saja lah buat mereka. Apa lagi hendak aku coretkan. Agak canggung untuk menaip barisan ayat setelah lama t...