Posts

Showing posts from July, 2016

Penghormatan

Kecintaan, Aku tidak tahu nilai kecintaan, Sebelum mahupun selepas pernikahan, Apa yang aku sedar dari penglihatan, Ianya bukan sekadar perkataan cinta penuh perasaan, Atau berpegang tangan, Tapi, Ianya satu Penghormatan penuh kesederhanaan. Cinta, Tanpa rasa hormat antara bersama, Binasa. Kerna, Nanti bila tiba saat kematian, Kau hanya dapat ku tatap dari sudut pandangan, Yang sudah bersih penuh kesucian bagi menghadap Tuhan, Tiada lagi untukmu kucupan, Melainkan sentiasa disisi d engan peruh rasa penghormatan, Sehingga permergian mu lenyap dari redup penglihatan. ***** Aku tidak mampu merasa lebih apa yang nek su rasakan saat permergian atok su hari ini. Wajah penuh senyuman menutup segala kesedihan. Sungguh redha dengan ketetapan Tuhan. Cukup tenang menerima qada' qadar yang sudah ditetapkan. Apapun, semoga atok su tenang di sana dan sentiasa rohnya dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan orang beriman. Aammin.

Iya, bagaimana?

Kalau kau rasa cantik boleh dikaitkan dengan cinta, Bagaimana nanti kalau kau kelihatan tua, Atau, Tuhan menarik segala keindahan yang kau ada, Walau di usia muda? Kalau kau rasa harta dan kaya memberikan bahagia, Bagaimana nanti kalau Tuhan menduga, Kau atau orang yang kau cinta menjadi miskin dan papa kedana, Walau di usia tua? Berkaitan cinta dan bahagia, kau tanyalah seribu orang, keseribu mereka boleh menyatakan jawapan yang berbeza-beza. Kerna itu mudah bagiNya. Tidak perlu bercerita tentang cinta manusia. Cuba kau bercerita bagaimana kau mencintai Yang Esa. Bisakah kau mencintai Dia tanpaNya di depan mata? Bisakah kau merindui Dia tanpa berkata atau meluahkan kepadaNya? Bisakah kau merasa bahagia tanpa bersyukur terhadap segala nikmat pemberian daripadaNya? Bisa saja.. Iya, tapi bagaimana? Lalu, apa buktinya? ***** Kerna cinta itu tidak cukup sekadar bicara, cinta itu perlukan pengorbanan jiwa dan segalanya. Kalau ditanya tentang cinta ku kepada seorang ma...

Pilih bulu

Jujur, walaupun aku ni jenis terbuka, tak kisah, asal boleh je tapi, tak semua perkara aku terima. Aku hangin je bila dengar ayat ayat: "Dia ni siapa? Nak juga masuk geng ni" Padahal dah kenal. "Eh, dia ni tak pernah pernah datang atau lepak sesama kita. Tiba tiba je ada" Sekali sekala rasa nak join. "Alaa, dia ni geng tuuuutttt je. Mana main nittttt" Perlu ke bangga? *senyum sinis* "Dia ni dah lama tak nampak. Alih alih nak menyibuk" Janji ada, tak nak putuskan silaturahim. "Eee, dia ni kerja buat ni je. Apa dia tahu" Orang yang cakap ayat ni paling bodoh. Hahaha. ***** Kalau kau tanya aku sebab aku nak hangin dengan ayat ayat lebih kurang di atas, aku memang tak tahu sebabnya. Cuma, aku tak suka dengan orang orang yang bersikap memilih bulu. Rasa diri tu bagus sangat sampai sesuka je nak tolak orang, nak rendah rendahkan orang. Nak kawan sesama taraf je. Orang kaya sesama orang kaya, orang boleh masuk air dengan orang...

sorry bro

Seorang pekerja baru lelaki, 32, berasal dari Selangor, Fazlin namanya, bersedia pulang dari kerja. Dia half-day je hari ni. "Ok bro. Selamat hari raya" sambil bersalaman dengan abang Raj. "Waz, balik dulu. Selamat hari raya" sambil hulur tangan ke aku. "Ahahahaha" abang Raj dah gelak gelak bila nampak Faz cuba nak salam aku. Aku dengan muka pelik "Aku tak salam lelaki ah" *bukan mahram sebut aku dalam hati* Dia turunkan lengan jeket motor dia, konon nak kasi lapik. Ahhh.. "Ok Faz, selamat hari raya" Aku salam di pergelangan tangan dia yang sedia berlapik. "Alaa Waz, salam je. Aku takde ah main calit calit ni" "Emmm.." Sambil main phone. ***** Sorry bro. Gua takde niat nak malukan lu. Memang gua jenis rock, open minded, gila gila, tak kisah lepak lepak dengan lelaki sesama. Tapi, bezanya gua dengan perempuan yang biasa kaki lepak juga ni, gua tak salam lelaki melayu bukan mahram. Sedara mara bel...
Di dingin pagi lagi sunyi, Kau bertanya aku tentang soal hati, Dan, aku sekadar menjawab sejujur yang ku mahu, Aku tidak memaksa tidak juga merayu, Kau menerima aku. Kau tahu nilai diri kau, Dan kau lebih tahu siapa yang layak berada di sisi kau, Apapun keputusan kau, Aku sedia hormati, Sebab aku tahu kau memilih bukan untuk hidup sehari, Kalau boleh sampai mati, Barangkali, sampai ke temu Ilahi. Terpulanglah...

pandangan itu

Pandangan itu, Tidak pernah aku tahu, Walau sekian lama berlalu, Jawapannya masih lagi aku tertunggu. Dari mata pandangan itu, Sepertinya te rsirat sesuatu, Berfikir apakah kau tentang aku, Atau, kau sebenarnya menilai kelemahan aku? Angkara pandangan itu, Mitos yang dulu pernah ku ragu, Ku yakin tidak akan berlaku, Ternyata, itu bukan mitos palsu. Rindu— Redup pandangan itu, Disisip bersama senyuman pengukir kalbu, Saat aku bercerita tentang aku.