Posts

Showing posts from December, 2015

hati-hati, hati

'if becoming  " religious " has made you more judgemental, rude, harsh , a backbiter, you need to check if you are worshiping God or your ego.' Sama samalah muhasabah diri...

Alhamdulillah

Syukur kepada Allah, aku dapat kerja juga akhirnya.. Walaupun bukan dalam bidang aku,, janji aku bakal menamatkan zaman pengangguran aku..  Aku akan mula bekerja pada hari Isnin, 28 Disember 2015 sebagai admin account assistant.. Syarikat Inno Wangsa Oils and Fats Sdn Bhd pada ketika ni sangat memerlukan pekerja kerana mereka baru buka satu lagi kilang baru di Tanjung Langsat. Kalau ikutkan aku, aku nak position lab assistant. Tetapi Puan Halen, yang interview aku kata, position account tu lagi sangat memerlukan orang.. Dia kata, cuba dulu kerja pejabat, nanti lama-lama kalau rasa nak tukar di bahagian lab, baru beritahu beliau. Kerana bahagian lab, mostly prefer chemistry engineering punya background.. Takpe lah.. Cuba dulu bahagian accounts ni. Key in data semua bagai.. InshaAllah, satu lagi ilmu baru yang akan aku perolehi dan aku akan cubalah yang terbaik. Janji rezeki halal, bulan2 masuk, parents aku happy... Itu lagi penting...! Aku ingat nak tulis cerita ni dalam diary ...

kawan ku sudah kahwin?

Hai lah kawan, korang ni kalau sudah kahwin, boleh tak war-warkan kepada umum? Walaupun cuma majlis kecil-kecilan sahaja, bagilah tahu umum yang korang dah nikah, dah halal, dah sah. Cara korang yang dah nikah tapi tak bagi tahu umum ni, boleh membawa kepada fitnah tau.. Nak nak orang macam aku yang jenis berprasangka prasangka ni. Aku tahu prasangka prasangka ni semua tak baik tapi kalau dah gaya korang gitu, budak kecil tengok pun cakap, "eh, haram.. ". Post gambar sweet sweet, orang comment bagai semua, ayat macam tak puas hati, last2 baru nak cakap, "eh, aku dah nikah lah.." Kalau timbul manusia lain cakap, "bila? Mana sijil nikah? Mana gambar nikah?" Kan kecoh tu, huru hara jadinya. Problem lar korang ni.. Sebab tu nabi cakap, kalau dah nikah, war-warkan, beritahu umum supaya tidak mengundang fitnah.. Tak nak jemput pun takpe, sekurang-kurangnya bagitahu. Kawan yang tak dijemput pula, tak usah lah kecil hati, kita tak tahu budget orang, susah senang ...

temani aku selalu

Bila mana kau membiarkan aku sendirian, Sebenarnya, kau bukanlah yang sering bermain di fikiran, Tapi, Dia... Dia, manusia yang sepatutnya aku lupakan. Kesepian yang kau berikan, Mewujudkan kembali rindu yang tak pernah kesampaian. Jadi, ikatlah aku dengan cinta dan perhatian.
wherever you are, whenever you say you are happy, I would say, Congratulations...

coretan mati

Coretan mati, Tiada siapa yang menghargai, Dibiarkan sepi, Tiada siapa yang peduli. Coretan mati, Hanya hati hati luka yang bisa mengerti, Diam sambil menghayati, Bait bait yang mungkin bisa memujuk hati. Coretan mati, Hilang semua puisi, Tiada ganti, Seperti hati hati yang pernah dinodai. Coretan mati, Untuk sang pemilik hati yang abadi, Biarkan coretan mati, Belayar di sanubari, Mengalunkan irama melodi, Yang mungkin bisa membuai mimpi. Biarkanlah coretan mati...
Selama tiga hari aku pergi, Mencari tenang yang aku ingini, Semakin jauh aku berlari, Semakin dalam perasan ini, Seperti tiada siapa dapat menghuni kecuali, Engkau yang sering ku rindui, Engkau yang sering ku ingati, Dan engkau yang dulu sering mengisi kekosongan diri ini. Sepi, Aku biarkan menyepi untuk sekian kali, Pasti kau rasa dipinggiri, Aku cuba kuatkan hati untuk tidak memanjai rasa ini, Namun, Ah, payah sekali... Engkau memang satu-satunya yang ku nanti-nanti...