Cintaku
Syukurku kepadaMu Ya Allah, Sekali lagi aku menyedari Kau menjadikan impian ku satu kenyataan, Kerana kebahagiaan yang ku rasakan, Itu pemberianMu Tuhan. Syukurku, Sehingga tanpa ku sedari, Air mata membasahi pipi. Kehadiran dia menyuntik semangat baharu, Impian yang baru, Angan yang baru, Dan mimpi baru, Seterusnya, hidup yang baru. Bersamanya, Aku rasa segala mimpi bukan sekadar mimpi, Tapi satu realiti, Layanan bak puteri, Terasa diri ini dilindungi, dihormati dan disanjungi. Malu, Malu kerana diri ini dilayan sebegitu, Kerna aku rasa aku tak layak untuk mendapatkan semua itu. Istikarah menjemputku, Memohon sekali lagi petunjukMu, Agar hati ini terus memilih seorang pemimpin, Yang bakal memimpinku kepadaMu, Ya Allah. Satu nama di ruang minda, Dan Kau lah pengikat dua jiwa, Moga petunjukMu sentiasa ada, Kerna Kaulah sebaik-baik perantara. Cintaku kepada manusia, harapnya tidak melebihi cintaku kepada Yang Esa.