Marah

Kawan,
aku bukan seorang pemarah mahupun suka bertekak atau berlawan.

Biasanya aku ni pendiam,
Akan diam dan pendam,
Kemudian, semua yang menyakitkan aku akan cuba padam
Dan cuma senyuman yang ku berikan.

Tapi,
Diam aku tak bermakna semua aku tolak tepi,
Kerana aku tak suka menyalakan api dalam hati,
Padah dunia nanti.

Kawan,
Kau tuu dah laa jenis mudah terasa hati,
Kang aku mula berbicara bisa,
Tersentap, kelu tak terkata.

Kawan,
Jangan mula menyembur minyak tanah atas bara,
Api pasti menyala,
Di kala aku marah,
Lembutkan aku dengan istigfar.


Kadang kala kau membuatkan hati aku terluka......

Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December