Posts

Showing posts from November, 2014

Harap dapat bersabar dengan saya

Kenapalah aku suka argue bila kau bagi pendapat? Seingat aku, aku juga pernah nak melenting bila kau ingin memulakan sesuatu cerita. Seolah-olah nak bergaduh pun ada. Tapi yang buat aku serba salah, pasti kau yang akan mengalah. Adakah cara aku begitu sebenarnya ingin perhatian yang lebih daripada mu? Melampaukah aku? Aku pun tak tahu la. Cuba untuk bersama dengan mu, kadang-kala aku merasa kesakitan dalam hati. Seperti parah tapi tak terlihat luka, dan rasa sebegitu membuatkan aku rasa nak marah. Seperti ada sesuatu dari dalam yang tak terlepas keluar. I hate that feeling. I am so sorry...

Marah

Kawan, aku bukan seorang pemarah mahupun suka bertekak atau berlawan. Biasanya aku ni pendiam, Akan diam dan pendam, Kemudian, semua yang menyakitkan aku akan cuba padam Dan cuma senyuman yang ku berikan. Tapi, Diam aku tak bermakna semua aku tolak tepi, Kerana aku tak suka menyalakan api dalam hati, Padah dunia nanti. Kawan, Kau tuu dah laa jenis mudah terasa hati, Kang aku mula berbicara bisa, Tersentap, kelu tak terkata. Kawan, Jangan mula menyembur minyak tanah atas bara, Api pasti menyala, Di kala aku marah, Lembutkan aku dengan istigfar. Kadang kala kau membuatkan hati aku terluka......

Siapalah aku ini...

Mana mungkin aku boleh menanam kebencian kepada manusia, Kalau Tuhan Yang Maha Esa masih lagi melebarkan kasih sayangNya. Mana mungkin aku tidak menerima kemaafan, Kalau Tuhan masih lagi membuka pintu dan ruang pengampunan. Mana mungkin aku sombong, riak mahupun bongkak, Kalau Tuhan masih lagi memberikan aku udara untuk terus bernyawa dan bergerak. Mana mungkin aku bakhil mahupun kedekut, Kalau Tuhan masih lagi melengkapi aku dengan rezeki yang cukup. Alhamdulillah... Syukur kepada Allah...

Dreamt

I was alone here now, But I will back home bring a success. My dearest parents, I miss you so much now, I dreamt that you hug me tight last night, Seem that, You got to feel that your daughter here, Feel alone and such a feel weak too. Even in the dreamt, I feel that you hold my hand and whispered to my ears, Says, 'Keep calm, you are strong enough to face everything'. I know, I need to put much smile, Spread positive moods, Accept every critique, Stand after fall, All do I need to do is, Keep strong. How much world would torture, I know, I need to endure all the pain patiently. So, keep strong, smile and believe to myself. I know I will success. I will back bring a success... In shaa Allah.

Aku Tak Pasti

Kemunculan semula teman dari zaman silam, Mengenangkan semula apa yang telah terpadam, Aku dapat rasakan kesakitan yang amat dalam, Aku cuba untuk mencari kefahaman, Tapi adakah sebenarnya dia yang tidak pernah faham? Aku tak pasti, Gurauan aku kah yang memberi kelukaan? Dan seingat aku pertemuan kita tiada perkenalan, Aku menjadi hairan kalau dulu kau menanyakan aku tentang percintaan, Kau baran walaupun aku menolaknya dengan kelembutan, Apa sebenarnya yang kau fikirkan. Aku tak pasti, Kini kau cuba muncul kembali, Sepertinya kau tidak pernah berubah hati, Tetap sama menanti yang kau sendiri tak pasti, Kemudian, seolahnya aku tlah menyakiti. Ataukah sebenarnya kau tak mengerti dan menyedari? Aku tak pasti, Angkuh sangat kah diri aku ini? Aku cuma ingin jujur dengan diri sendiri, Rasa dan perasaan dalam hati ini. Kau tidak pernah cuba untuk mengenali diri ini, Dan kemudian, kau ingin aku mencintai, Mana mungkin terjadi. Aku tak pasti, Jahat dan busukkah hat...