Benci


Benci,
Aku benci bila kau kata kau selalu merasai apa apa yang aku rasa,
Kerna seperti tiada maknanya walaupun kau memahami apa yang aku rasa,
Kau, kau tak mampu membuktikan segalanya.

Kau selalu mencipta kata-kata,
Kata-kata yang sarat dengan prasangka,
Terlalu yakin jika itu semua benar belaka,
Kerana itulah aku benci akannya.

Tidak mengapa seandainya kau memahami apa yang aku rasa,
Bukankah kau kata itu hanyalah sekadar rasa,
Rasa yang akan hilang bila-bila masa sahaja,
Perlu menikmati sebelum ia berlalu pergi,
Tapi sayangnya kau pun tetap mengabaikan 'rasa' yang kau rasa,
Aku benci kerna kau hanya pandai menyusun kata tapi sebenarnya kau sama sahaja,
Kau tetap tidak akan menghargai malah menafikannya,
Benci dan sedikit sebanyak melunturkan rasa percaya.


kalau benci yang aku rasa, benci juga lah yang kau rasa? Gila...


Comments

Popular posts from this blog

Sod Ba Ra

Beku

December