Posts

Showing posts from June, 2014

Benci

Benci, Aku benci bila kau kata kau selalu merasai apa apa yang aku rasa, Kerna seperti tiada maknanya walaupun kau memahami apa yang aku rasa, Kau, kau tak mampu membuktikan segalanya. Kau selalu mencipta kata-kata, Kata-kata yang sarat dengan prasangka, Terlalu yakin jika itu semua benar belaka, Kerana itulah aku benci akannya. Tidak mengapa seandainya kau memahami apa yang aku rasa, Bukankah kau kata itu hanyalah sekadar rasa, Rasa yang akan hilang bila-bila masa sahaja, Perlu menikmati sebelum ia berlalu pergi, Tapi sayangnya kau pun tetap mengabaikan 'rasa' yang kau rasa, Aku benci kerna kau hanya pandai menyusun kata tapi sebenarnya kau sama sahaja, Kau  tetap tidak akan menghargai malah menafikannya, Benci dan sedikit sebanyak melunturkan rasa percaya. kalau benci yang aku rasa, benci juga lah yang kau rasa? Gila...

Ungkapan Tidak Terungkap

Diam, Aku tak pasti sejauh mana aku mampu untuk berdiam, Segalanya hanya terpendam dari sudut paling dalam. Sakit, Menahan segalanya teramat perit, Aku tak pasti sepanjang mana hati ini terpaksa ku heret. Pilu, Aku tak tahu kenapa aku harus menunggu, Menunggu sesuatu yang tidak akan berlaku. dari sudut kejauhan, ku rindu.