Manusia sering terburu-buru dalam melakukan sesuatu oleh kerana emosi yang sering menggangu. Allah SWT berfirman dengan maksud: “Dan manusia (seringkali) berdoa untuk kejahatan sebagaimana (biasanya) dia berdoa untuk kebaikan, dan memang manusia bersifat tergesa-gesa.” (Surah al-Israa’: 11) Aku tidak menafikan sekiranya aku tuu juga termasuk orang-orang yang sering terburu-buru dalam membuat sesuatu dan aku juga boleh dikatakan antara orang yang gagal mengawal emosi dan perasaan terutama rasa marah, benci dan cinta. Sabar itu kesudahannya indah bagi orang yang betul-betul memahami segala hikmah. Aku pernah terbaca dalam satu buku, Rasulullah bersabda, "Terdapat 2 perkara yang disukai Allah terhadap hambanya iaitu sering bersyukur; tenang dan sabar". Sabar juga perlulah diseiringkan dengan redha. Redha ialah menerima segala ketentuanNya tanpa mempersoalkan apa-apa. Apabila redha dan sabar disatukan dalam jiwa, dengan izinNya, ketenangan lebih dirasa. Moga r...
Aku merasa dekat dengan seseorang itu apabila aku dapat membaca puisi atau kapsul sunyi seseorang itu. Ternyata di dunia moden kini, apabila kita merasa kesunyian, tidak lagi menemui puisi-puisi baru yang menyentuh kalbu, ada teknologi Ai yang sedia membantu. Aku, cuma terkelu. Terkelu dengan setiap jawapan yang Ai berikan. Tidak dapat dinafikan. Memang ada berita yang menceritakan tentang manusia jatuh cinta dengan Ai. Sekarang, aku betul-betul sudah faham.
Terlalu banyak perkara yang berlaku, Sehingga aku tak tahu apa yang perlu. Entah, Aku terasa kaku, Untuk setiap masa yang berlalu, Sehingga menjadi keras dan beku, Tinggal tunggu sehingga tidak mampu tercantum menjadi satu. Belum ditanya tentang keliru, Haru biru dunia ku, Sakit sampai menusuk kalbu, Menahan sayu, Ingin saja dibiar roh ditiup bayu, Meninggalkan setiap sisa rindu.
Comments
Post a Comment